Berita Terkini

Kurikulum Sekular merosakkan Sistem Pendidikan Islam

Kurikulum Sekular merosakkan Sistem Pendidikan Islam
Tentangan kita sekarang ini adalah cengkaman kurikulum sekular di institusi pendidikan tinggi Islam. Kerana itu, ilmu harus diletakkan pada konsep Islam. Demikian dikatakan oleh Dr. Adian Husaini, MA ketua prodi Pendidikan Islam Universiti Ibnu Khaldun (UIKA) Bogor pada acara Bedah Buku dan Workshop "falsafah Ilmu Perspektif Barat dan Islam" di Universiti Airlangga Surabaya, Indonesia, Sabtu 2/11/2013.

Dr. Adian menerangkan, sebelum menyusun kurikulum kita harus tahu apa itu ilmu. "Sebelum belajar, kita harus tahu mana itu ilmu fardhu 'ain, dan mana ilmu fardhu kifayah. Sebatas mana dia belajar ilmu fardhu 'ain dan sebatas mana dia belajar ilmu fardhu kifayah," jelasnya.

Pengetahuan seperti tersebut di atas disebut adab terhadap ilmu. Tidak meletakkan ilmu pada kedudukannya adalah biadab. Contohnya, orang mengenepikan ilmu-ilmu agama dan mendahulukan ilmu-ilmu yang tidak penting.

Hal penting lainnya, penuntut ilmu harus tahu, gurunya jelas, lembaganya juga jelas dan lain sebagainya.

Lebih lanjut, Dr. Adian menyebutkan dua penyakit dalam pendidikan dewasa ini. Pertama, "Sekolahisme". Iaitu menganggap yang tidak sekolah (di lembaga formal) tidak berilmu. Jika sudah kuliah, dianggap sudah menuntut ilmu. Sehingga, setelah selesai sekolah dianggapnya telah selesai menuntut ilmu. Tujuannya, kuliah semata-mata untuk mencari pekerjaan.

Kedua, "linierisme", yakni belajar dihadkan satu ilmu saja dalam institusi formal. Padahal tradisi Islam, tidak ada linierisme.

Selain Dr. Adian, pemateri Bedah Buku lain adalah Adnin Armas, MA. Pengarah Eksekutif INSISTS Jakarta ini menitik beratkan kajiannya pada kerosakan ilmu yang diakibatkan oleh ilmu yang 'kebaratan'.

"Ketika agama tidak dianggap bukan ilmu dalam pandangan sekular, maka terjadi kerosakan ilmiah," tutur alumni Gontor tersebut.

Menurut Adnin, persoalan mendasar yang menjadi perbezaan Barat dan Islam adalah berkaitan dengan sumber ilmu secara ontologis. Adnin yang pakar falsafah Barat ini menyebut problem kritikal falsafah sekular adalah menganggap sesuatu yang tidak kelihatan dianggap tidak ada. Dan sesuatu yang tidak ada tidak dijadikan sumber ilmu.

"Padahal, dalam pandangan Islam, justeru sesuatu yang tidak nampak menjadi dasar," ungkapnya.

Kerana itu, Adnin berpendapat, pembaikan pendidikan Islam bukan dengan cara mengubah-ubah kurikulum. Lebih utama memperbaiki landasan kurikulum dan kualiti guru.

"Visi keislaman harus hadir dalam kurikulum," tegasnya.

Ia memberi contoh kurikulum yang sebetulnya tidak perlu dalam kajian Islam. Di antaranya kurikulum perbandingan agama.

"Kurikulum perbandingan agama itu tidak perlu. Kerana Islam tidak perlu disejajarkan. Apalagi ini adalah pemusnahan akidah, " lanjut alumni ISTAC Malaysia.

Menurutnya, kemusnahan ilmu oleh Muslim di institusi Islam itu lebih rosak daripada penjajahan fizikal. Kerana itu, harus diupayakan pembaikan pendidikan melalui falsafah ilmu. 

[Kholili hasib / Islampos]


p/s:  - Sudah sekian lama sejak zaman penjajahan, subjek Agama Islam di sekolah hanya ditumpukan untuk lulus periksa, bukan untuk menjadi Muslim yang soleh.

Belajar agama tinggi-tinggi, tujuan utama untuk pekerjaan dan cari duit, bukannya untuk menjadi Muslim yang Taqwa.

Masyarakat perlu diberitahu dan dijelaskan tentang ILMU FARDHU AIN sejelas-jelasnya dulu, agar mereka MAHIRKAN diri dengan ilmu-ilmu yang WAJIB ke atas setiap individu ini dulu, iaitu  Tauhid, Fiqh dan Tasawwuf.

Selama ini, kita LEBIHKAN belajar Ilmu Fardhu Kifayah dari yang FARDHU AINnya, sampaikan bermacam-macam ilmu Fardhu Kifayah boleh kita pelajari dalam satu masa dan MAHIRKAN, tapi ilmu Fardhu Ain kita pinggiri.  :-(

Bagaimana agaknya nanti di dalam KUBUR atau di MAHSYAR, kita disoal oleh Allah rabbul jalil, "Mengapa kamu tidak endah untuk MENGENALIKU dengan lebih mendalam, tetapi kamu lebih MELAYAN ilmu-ilmu KEDUNIAAN lain?"  Apa agaknya yang anda mahu jawab?  :-S

Wallahu a'lam .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.