Slider

Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

Pautan Luar

» » » Gambar-gambar binatang aneh dalam tahun 2009

Gambar-gambar haiwan di bawah ini bukannya foto manipulasi tetapi adalah dalam bentuk yang asli dan alamiah.


Katak pokok yang lapar di Cuba ini menyala badannya setelah menelan lampu hiasan pokok di West Palm Beach, Florida



Seekor katak melekat pada ikan kap di sebuah penternakan di daerah Taitung, Taiwan. Kata pemilik penternakan, kodok itu yang dalam keadaan panas, telah melekat erat pada ikan selama satu bulan meskipun ikan itu berusaha keras untuk melepaskan diri dan pemilik berusaha untuk menariknya.



Foto-foto monyet Macaca mulatta yang gemuk, yang diambil pada 4 Mei 2008 (atas) dan 6 Jun 2009 di Ohama Park di Jepun. Monyet yang kelebihan berat badan telah berjaya mengurangkan berat badan mereka, berkat diet. Monyet jantan yang paling berat, iaitu 30 kg, kehilangan lebih dari 10kg.



Seekor Kera Hitam Sulawesi (Celebes Crested Macaque) melihat ke belakang di zoo Singapura.



Monyet yang bernama Dawn naik ke atas belakang Dan The border collie di Fear No Evil Bull Riding Challenge di Houma, Louisiana



Seekor ikan ditemui baru-baru ini bernama 'Psychedelica' terlihat di perairan pulau Ambon, Indonesia. Ikan yang seperti katak yang memantul di dasar laut seperti bola getah itu telah diklasifikasikan sebagai spesies baru.



Hairy frogfish yang difoto sedang berjalan santai di dasar laut di Selat Lembeh Sulawesi, Indonesia, oleh Choh Wah Ye, seorang jurutera dari Malaysia.



Spud si landak, yang menderita masalah kulit utama yang menyebabkan kulitnya kering dan gugur duri, digambarkan di St Tiggywinkles Wildlife Hospital



Seekor kucing bernama Ugly Bat Boy dilihat di rumahnya di sebuah klinik haiwan di New Hampshire, Amerika Syarikat. Kakitangan di hospital haiwan telah dipaksa untuk memasang selebaran mengatakan dia sangat normal, hanya tidak menarik.



Penyu putih yang jarang ditemui di tepi Sungai Kuning (Yellow River) di Zhengzhou, wilayah Henan, China. Penyu ini memiliki berat sekitar 6.5 kg dan panjang 40 cm.



Kura-kura albino lahir di Biological Reserve of Abufari, dan disajikan oleh Chico Mendes Institute for Biodiversity Conservation di Tapaua, Amazonia, Brazil.



Kambing minum susu dari seekor lembu di Hyderabad, India.



Seekor singa betina menangkap lidah singa jantan di Delta Okavango Botswana kerana cuba untuk menghentikannya dari melintas ke suatu daerah di mana singa betina lain yang sedang mengawan memanggilnya.



Pada sebuah sarkas di Shenyang, China, seekor harimau naik ke atas seekor kuda.



Seekor anak lembu berkepala dua bernama Jennifer dilihat di sebuah kandang di Rivera, Colombia.



Seekor lembu berusia 6 tahun dengan 6 kaki dilihat di sebuah zoo di Yichang di wilayah Hubei, China.



Sumber - Telegraph

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

1 ulasan:

Lukisan Alam berkata...

mohon copy gmbr2 yg unik ni..utk prkgsoan ilmu di blog ana..