Berita Terkini

Batas Kewajiban Taat kepada Ulil Amri (pemerintah)

Para mufassir (ahli-ahli tafsir AlQuran) banyak memberikan keterangan ketika menafsirkan siapakah Ulil Amri (pemerintah) dalam surah An-Nisa’ ayat 59, kesimpulannya adalah sebagai berikut;

1. Ulil amri yang wajib ditaati adalah ulil amri dari kalangan orang-orang beriman dan memerintah dengan adil.

2. Ketaatan kepada ulil amri tidak mutlak, namun bersyarat. Iaitu selama bukan dalam perkara maksiat.

3. Ulil amri yang tidak menjadikan syariat Islam sebagai hukum (undang-undang) dalam pemerintahannya tidak wajib ditaati secara mutlak baik ketika hukumnya bersesuaian dengan hukum syar’i ataupun menyelisihi. Ulil amri seperti ini tidak sah. Point ini akan dijelaskan lebih rinci dalam pembahasan berikutnya.

Ketiga point ini penting untuk kita perhatikan dalam melihat penguasa yang memerintah di negara-negara berpenduduk muslim, termasuk negara kita. Selain itu, penting juga untuk kita ketahui apa saja syarat dan kewajiban seorang penguasa sehingga layak disebut ulil amri bagi kaum Muslim.

Demikian pula, bila ulil amri tidak sah dan layak dipecat. Semua ini agar kita tidak ragu-ragu dalam mengambil sikap terhadap para penguasa: apakah harus mentaati atau tidak harus mentaati mereka.

Syaikh Abdullah bin Umar bin Sulaiman Ad-Dumaiji dalam kitabnya, Al-Imâmah Al-'Uzhma' Inda Ahl As-Sunnah wa al-Jama'ah, hlm. 233-295, mengemukakan syarat-syarat tersebut sebagai berikut.

Islam, Baligh, Berakal sihat, Merdeka, Lelaki, Berilmu, Adil, Kecekapan Mental, Kecekapan Fizikal, Tidak Ambisius, Berasal dari kalangan Quraisy (Syarat ini terutama berlaku dalam al-imamah al-uzhma (khilafah) jika memang ada calon dari suku Quraisy yang mampu dan memenuhi syarat-syarat sebelumnya).

Kewajipan pertama dan pokok ulil amri adalah mewujudkan tujuan-tujuan kepimpinan. Kewajiban tersebut adalah, pertama, menegakkan agama dan kedua, mengatur dunia dengan agama Islam.

Ertinya, seorang pemimpin bertanggungjawab melaksanakan undang-undang Allah dalam semua urusan kehidupan.

Adapun sebab-sebab pemimpin tidak sah dan layak dipecat adalah sebagai berikut;

Pertama: Kafir dan murtad dari Islam, kedua: Tidak mengerjakan solat dan ketiga: Tidak menerapkan hukum Allah.

"Adapun para pemimpin yang meniadakan syariat Allah dan tidak berhukum kepadanya, akan tetapi berhukum kepada selainnya, maka mereka keluar dari hak (memperolehi) ketaatan dari kaum muslimin. Tidak ada ketaatan bagi mereka dari rakyat, kerana mereka mensia-siakan fungsi-fungsi imamah yang kerananya mereka dijadikan pemimpin dan berhak didengari, ditaati serta tidak diberontak . Kerana, wali ( pemimpin) tidak berhak mendapatkannya, kecuali dia menunaikan urusan-urusan kaum muslimin, menjaga dan menyebarkan agama, menegakkan undang-undang, menjaga sempadan, berjihad melawan musuh-musuh Islam setelah mereka diberi dakwah , berwala' kepada kaum muslimin, dan memusuhi musuh-musuh agama.

Apabila dia tidak menjaga agama atau tidak menunaikan urusan-urusan kaum muslimin, maka hilanglah hak imamah darinya dan wajib atas umat - yang diwakili oleh ahlul halli wal aqdi dimana mereka menjadi rujukan dalam menentukan masalah seperti ini - untuk menurunkannya dan menggantikannya dengan orang lain yang bersedia mewujudkan fungsi imamah.

Seterusnya yang keempat: Melakukan kefasikan, kezaliman, dan kebid'ahan, kelima: Cacat dari segi keberlangsungan kerja, dan keenam: Upaya fizikal. Lihat Abdullah bin Umar bin Sulaiman Ad-Dumaiji, Al-Imâmah Al-'Uzhma' Inda Ahl As-Sunnah wa al-Jama'ah, (Riyadh: Dar Ath-Thayyibah, 1987), hlm. 468-485.

Rasulullah S.a.w memerintahkan kita mentaati ulil amri selama mana mereka melaksanakan Kitabullah. Apabila tidak melaksanakan Kitabullah atau tidak menerapkan hukum Allah, maka dia tidak sah sebagai ulil amri. Silakan diingat kembali penjelasan Syaikh Abdullah bin Abdul Hamid Al-Atsari mengenai masalah ini. Wallâhu a‘lam bish shawâb.

[Kiblat.net - 11 Oktober 2013]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.