Berita Terkini

Adakah kerajaan PEDULI apa Aqidah kita selama ini?

Assalaamu'alaikum w.b.t....... Maaf lah jika tulisan kali ini sedikit tegas. Ini kerana saya sedih melihat umat kita semakin berpecah-belah dan saling tuduh-menuduh sesama sendiri. Yang saya lihat, kita ditusuk dari luar dan dari dalam oleh pelbagai pihak, sehingga sesama Ahlus sunnah kita pun menuduh masing-masing dengan sesat, Wahabi dan sebagainya tanpa ada kasih sayang dan belas kasihan. Yang sepatutnya boleh dibawa berbincang dan berdialog terlebih dahulu.

Pertamanya, adakah selama ini kerajaan kita PEDULI atau PRIHATIN dengan apa Aqidah yang kita pegang? Sedangkan setiap kampung ada Ketua Kampung, Penghulu, JKK, setiap kawasan ada Wakil Rakyat nya masing-masing, dan sebagainya, adakah mereka hanya diPERLUkan untuk menjaga KEBAJIKAN DUNIAWI semata-mata?  Bagaimana dengan Aqidah masing-masing? Tak perlu ambil tahu?

Sebaiknya PANTAU (monitor) lah Aqidah masing-masing setiap rakyat yang bergelar Muslim ini, agar Aqidah rakyat TIDAK TERSASAR dari Aqidah yang benar. 

Apa? Negara lain pun tiada yang PANTAU dan buat begini? :)

Memang, kerana hampir semua negara di dunia ini pernah DIJAJAH oleh British, Sepanyol, Belanda dan sebagainya dulu.  Dan kita di Malaysia sebagai contoh, sudah banyak terdidik dalam suasana dan persekitaran yang diberikan ACUAN oleh British.  Maka tidak boleh kah kita keluar dari KEPOMPONG BRITISH?

Yang penting, USAHA untuk MEMANTAU dan menjaga AQIDAH RAKYAT perlu dilaksanakan, sebelum pemimpin-pemimpin semua akan disoal di akhirat nanti.  Sekurang-kurangnya ada juga usaha, dan selepas itu serah pada Allah lah, kerana hanya Allah yang dapat memberi HIDAYAH.

Tidak mampu untuk melaksanakannya?

Kalau tidak mampu memikul AMANAH dari Allah S.w.t ini, maka berikanlah kepada mereka yang berilmu yang layak dan sanggup memikul amanah ini.  Kerajaan di Bumi ada lah WAKIL kepada kerajaan Allah di langit.  Maka jika WAKIL di dunia ini TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH, ini namanya tidak menjalankan kewajipan dan amanah yang diperintahkan.  Bagaimana mahukan rahmat dan keberkatan dari Allah?

Adakah setelah ramai rakyat yang murtad, terpengaruh dengan Syiah, ikut ajaran-ajaran nabi palsu dan seumpamanya, baru kerajaan mahu celik mata? Dan yang lucunya, kerajaan juga yang akhirnya MARAH-MARAH pada rakyatnya yang sesat, ikut ajaran Syiah dan sebagainya. 

Seperti biasa, RAKYAT selalu menjadi mangsa, kerajaan berlepas tangan dan tahu MENGHUKUM sahaja.  Alahai kerajaan kerajaan ....... :)

Kerana itulah jika kita perhatikan dalam Al-Quran pun, dan sejarah para Rasul dulu, hampir semuanya diceritakan bahawa mereka berhadapan dengan raja / pemerintah.  Ulama-ulama besar dulu termasuk Imam-imam mazhab pun berhadapan dengan pemerintah.  Itu menunjukkan betapa PENTINGnya untuk mendakwahi pemerintah agar menegakkan Hukum Allah S.w.t.

Selain dari MEMANTAU, kerajaan juga boleh MEMPERBANYAKKAN buku-buku / kitab Aqidah (Tauhid, Usuluddin). Dan apa salah nya kalau edarkan secara PERCUMA kepada SEMUA RAKYAT.  Jika kerajaan boleh bayar berjuta kepada Psy, takkan nak berikan PERCUMA kitab-kitab Aqidah kepada RAKYAT pun berkira, sedangkan Aqidah adalah PERKARA PALING UTAMA dalam Agama Islam.

Pastikan setiap rumah Muslim ada buku-buku rujukan tersebut.

Beri PENERANGAN SELENGKAPnya tentang MANA SATU Aqidah yang betul. Bukan setakat berbahas di internet dan Youtube sahaja, tetapi lakukan PENJELASAN MENYELURUH di segenap daerah.  Ini kerana saya lihat, rakyat pun sudah berbelah bahagi mahu PERCAYA kepada ustaz yang mana sekarang.  Maka sebelum keadaan menjadi lebih parah, usaha lah terlebih dahulu untuk merawat.

Nabi S.a.w dan sahabat r.a dulu bertungkus lumus menyebarkan Islam, memurnikan Aqidah manusia. Sahabat-sahabat, Tabi'en dan seterusnya kemudian bertungkus lumus menyampaikan Aqidah Islam ke serata dunia. Tetapi APA YANG KITA BUAT sekarang untuk istiqomah, memurnikan dan menyelamatkan Aqidah umat?

Keduanya, kerana itulah dari dulu lagi saya sudah ulang perkara ini iaitu, laksanakanlah UNDANG-UNDANG ISLAM / HUKUM ALLAH, jika tidak kita sesama sendiri akan bertelagah, berpecah belah, BERPERANG SESAMA SENDIRI.



Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, ".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri". (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Jika kita laksanakan HUKUM ALLAH, risiko yang kita ada pun ialah SERANGAN dari orang-orang kafir dan munafik yang bencikan Islam dan Hukum Allah tertegak sahaja.  Mana lebih baik?  Berperang atau bertelagah sesama Islam atau berperang dengan orang-orang Kafir Harbi dan Munafik?

Bunuh sesama Islam mungkin dua-dua pihak di dalam neraka jika tiada alasan syar'ie.  Tetapi berperang mempertahankan Islam dan Hukum Allah, akan dianugerahkan MATI SYAHID. Pilihlah sendiri mana yang anda mahu.  :)

Tetapi tidak lah bermakna jika Hukum Allah ditegakkan maka kita akan berperang, na'udzubillahi min dzaalik. Dan Rasulullah S.a.w pun TIDAK MENGGALAKKAN kita bercita-cita untuk berperang.  Tetapi itu sekadar risiko yang kita ada.  Nak beritahunya, mana lebih baik, berperang sesama Islam atau berperang dengan orang-orang Kafir Harbi dan Munafik?  Itu saja.

Bercakap tentang Hukum Allah, sepatutnya Muslim yang sengaja MENINGGALKAN SOLAT pun boleh dihukum dan memang dulu pernah dilaksanakan Hukum ini di Tanah Melayu ketika negeri-negeri di negara ini masih MENJALANKAN HUKUM ALLAH.  Tetapi sekarang langsung tidak ada akta atau enakmen berkenaannya. 

Ketiganya, supaya kita selepas ini TIDAK MUDAH untuk menuduh orang lain sesat dan sebagainya, MELAINKAN setelah ada BUKTI-BUKTI yang KUKUH dan NYATA MENYELEWENG seperti ajaran SYIAH, Rasul Melayu, tuhan Harun dan sebagainya.

Zaman media berleluasa ini kita perlu hati-hati, kerana kadang-kadang ada orang mengambil kesempatan untuk memburukkan seseorang dengan menyamar menjadi orang itu. Contohnya, si A mahu memburukkan si B, maka A akan menyamar sebagai B, dan menulis agar masyarakat membaca kononnya itu adalah tulisan si B. 

Kemudian dalam Ahlus Sunnah Wal Jama'ah sendiri pun ada beberapa Mazhab, BUKAN SATU sahaja. Maka jika ada orang lain membawakan pendekatan dari Mazhab lain yang Ahlus Sunnah juga, maka jangan terus menuduhnya sesat. Siasat dan kaji dulu, "takutlah kamu pada tempat-tempat yang menimbulkan tohmahan".

Dan siapa-siapa yang belajar Tasawwuf itu sepatutnya TIDAK MUDAH MELENTING jika ada orang kutuk atau tuduh kita dengan tuduhan-tuduhan liar. Semakin belajar Tasawwuf sepatutnya semakin Tawadhu', Sabar, Tenang, tidak sombong, tidak angkuh, tidak Riya', tidak 'Ujub, kerana setiap saat kita diUJI oleh Allah S.w.t.  


Dan KETAHUILAH, semakin tinggi ILMU kita juga, maka kita akan didatangi oleh syaitan-syaitan dari kalangan jin yang lebih mahir dalam bidang mereka, ditambah lagi kita sudah ada Jin Qarin yang selagi dia kafir, dia mahukan Aqidah, Amalan dan Akhlak kita binasa.

Jin Qarin sangat mengenali kita, kerana sejak kita dilahirkan lagi dia sudah bersama kita.  Dia tahu benar apa kelemahan kita dan bagaimana nak binasakan kita. Maka sama-samalah kita berhati-hati dengan 'Talbis Iblis' dan anak cucu Iblis.


Ingatlah, Iblis yang dulunya dipanggil Azazil, menurut riwayat ada mengatakan dia telah beribadah kepada Allah S.w.t selama 80,000 tahun, dan ada kata lebih lagi. Kedudukannya juga naik setingkat demi setingkat, dari atas Bumi, hingga langit pertama, hinggalah akhirnya ke langit ke tujuh. Dan dia juga telah menjadi Imam ibadah kepada para malaikat. Sehinggakan para malaikat pun ada memintanya berdoa kepada Allah kerana doanya maqbul.

Azazil juga pernah memimpin tentera malaikat untuk turun ke Bumi memerangi para jin yang KAFIR dan derhaka pada Allah S.w.t.

Ilmu dan amalnya memang TIDAK DAPAT ditandingi oleh siapa sahaja dari kita sekarang, kerana kita pun tiada yang dapat hidup sampai 1 ribu tahun, apa lagi berpuluh-puluh ribu tahun.  Tetapi akibat TAKABBUR dan 'UJUB yang ada dalam dirinya, yang tiada makhluk lain dapat melihatnya melainkan hanya Allah S.w.t, kerana kononnya sudah SANGAT MULIA dan BAIK, maka dia DILAKNAT oleh Allah S.w.t akhirnya setelah tidak mahu sujud hormat kepada Adam a.s.  

Pengajaran kepada kita juga, agar setinggi mana pun ILMU dan AMAL kita, JANGAN lah tinggalkan AKHLAK MULIA iaitu AKHLAK LAHIR dan juga AKHLAK BATIN. 

Iblis percaya bahawa Allah itu adalah Tuhan semesta alam. Dia juga pernah BERAMAL yang mana kita manusia pun tak berdaya untuk beramal sepertinya.  Tetapi akibat AKHLAKnya yang BURUK dan KEJI, maka dia sudah DILAKNAT oleh Allah S.w.t,  na'udzubillahi min dzaalik.

Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak-akhlak mulia."  [HR Ahmad , Bukhari]

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya."  [HR. At-Tirmidzi]

"Kebanyakan perkara yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah ketakwaan kepada Allah dan mempunyai akhlak yang baik.” [Hadits Riwayat at-Tirmidzi]

Adakah kita suka kalau dapat menyusahkan hati sesama Islam / mukmin? Walaupun kita sedang menasihatinya, adakah kita nasihat dalam keadaan benci atau sayang?  

Adakah kita nasihat untuk kebaikan dirinya atau sekadar mahu melepaskan kemarahan kita dan menunjuk-nunjuk bahawa kita seorang yang lebai, alim, wara' dan baik?

Adakah kita nasihat orang lain sekadar untuk kepuasan hati kita ini? Tanya , jangan tak tanya diri kita. :)

~ Hamba Allah yang Faqir ~


p/s:  Kalau kerajaan nak dengar pun dengar lah nasihat ini.  Kalau tak nak pun sudah lah. Saya tak paksa sesiapa.  Tanggungjawab saya untuk MEMBERITAHU sudah selesai.  Allah Hafiz. Peace, love and justice for all. Baarokallahu lakum :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.