Berita Terkini

Wanita non-muslim yang alahan matahari teruk mesti pakai jubah dan jilbab

Seorang wanita non-Muslim begitu alah kepada cahaya matahari sehinggakan dia terpaksa memakai pakaian labuh dan tudung  (jilbab) setiap kali dia keluar rumah.

Dennis Queen

Dennis Queen, 40, dari Manchester, UK, kini memakai pakaian sebegitu setiap kali dia keluar, untuk melindungi diri daripada tindak balas alahan yang teruk.

Ibu kepada empat orang anak itu mengalami keadaan yang dikenali sebagai letusan cahaya polimorfik  atau polymorphic light eruption (PMLE) yang menyebabkan kulitnya keluar ruam merah yang gatal selepas hanya beberapa minit terdedah kepada cahaya matahari.

Walau bagaimanapun, Queen telah mendapati bahawa dengan memakai pakaian penuh panjang yang dipanggil 'Abaya' dan tudung telah menjadi jawapan kepada masalah itu, dan membolehkan beliau untuk meneruskan kehidupan yang normal.

"Tudung dan Abaya adalah satu-satunya perkara yang memberikan perlindungan sebenar daripada matahari dan saya sebenarnya sangat menikmati memakainya sekarang," kata Queen.

"Saya beberapa kali menghadapi beberapa komen rasis tetapi jujurnya ​​saya tidak benar-benar peduli apa golongan rasis fikirkan tentang saya."

Dia berkata lagi: "Orang akan segera menganggap bahawa saya ini Muslim. Saya tidak kisah tentang itu tetapi saya dapati komen-komen rasis hanya menjijikkan."

[dailymail.co.uk]


MasyaAllah, antara hikmah memakai tudung dan jubah. Semoga Dennis Queen juga nanti akan diberikan hidayah kepada Islam dengan menjadi Muslim yang sejati, amiin .......

Antara hikmah-hikmah lain memakai tudung dan menutup aurat dengan betul;

- Wanita yang menutup auratnya dengan betul adalah sangat berharga dan mahal, kerana hanya MUHRIMnya sahaja yang dapat melihat auratnya. Barang yang mahal, hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat melihat, bukannya jadi pameran murahan.

- Wanita yang tutup aurat dengan betul dapat menahan nafsu lelaki-lelaki lain yang memandangnya. Iman mereka tidak tergugat jika tidak memandang wanita seksi dan yang tidak menjaga aurat. Sekurang-kurangnya wanita yang menutup aurat sudah mengelak dari mendapat dosa kerana menggugat iman orang lain.

- Wanita yang tutup aurat sudah dapat mengelak dari mendapat dosa tidak tutup aurat. Walaupun ada dosa-dosa lain, tetapi dosa membuka aurat sekurang-kurangnya tidak diperolehinya.

- Wanita yang tutup aurat sudah mematuhi perintah Tuhan. Dapat mengajar diri menjadi lebih solehah dan beriman lagi dengan pemakaian yang tidak menjolok mata. Adakah wanita itu TAKUT KEPADA ALLAH jika sekiranya dia sewenang-wenangnya mendedahkan auratnya di mana-mana saja tanpa rasa segan silu?

Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Semua umatku layak diberi keampunan kecuali mereka yang melakukan dosa secara terang-terangan. Ini termasuklah orang yang melakukan dosa pada suatu malam dan kemudiannya pada waktu pagi walaupun Allah telah menutup dosanya (dan tidak menampakkannya kepada orang ramai) dia berkata: Wahai fulan! Malam tadi aku telah melakukan (dosa) itu dan ini. Padahal dia menghabiskan malam dalam keadaan Tuhannya menutupinya tetapi di pagi hari menampakkan apa yang Allah S.W.T tutup (pada malam itu)." [Hadits Riwayat Bukhari]

- Dan sebagainya lagi, wallahu a'lam :) .......


Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.