Berita Terkini

Wallpaper Islamik - Harta riba wujud di merata tempat

Wallpaper Islamik kata-kata hikmah - Harta riba wujud di merata tempat

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali dia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau dia tidak memakan secara langsung, dia akan terkena juga debu-debunya”.  [Hadits Riwayat Ibnu Majah]

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman."  [Surah Al-Baqarah : Ayat 278]

Keterangan

Siapa dia yang tidak terlibat dengan sistem bank sekarang ini? Walaupun dia tidak terlibat secara langsung bekerja di dalam bank, tetapi dia tetap akan terlibat sebagai pelanggan, orang-orang yang berurusan dengan pinjaman bank, menggunakan kad-kad yang berkaitan dengan bank, dan sebagainya.

Walaubagaimana pun, kepada para Muslim telah dilaksanakan Sistem Perbankan Islamik. Walaupun mungkin ianya tidak 100% terlepas dari riba, tetapi sekurang-kurangnya ia sudah dapat mengelak banyak sistem-sistem riba yang berkenaan, setelah diwujudkan konsep Mudharabah (perkongsian keuntungan), Wadiah (simpanan amanah), Musyarakah (usahasama), Murabahan (kos tambahan) dan Ijarah (pajakan).

Apa lagi mereka-mereka yang terlibat dalam amalan riba secara langsung di dalam urusan-urusan lain seperti perniagaan, pinjaman, pertukaran barangan dan matawang.

Situasi zaman sekarang bertepatan sekali dengan hadits yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammad S.a.w lebih 1400 tahun dulu itu, di mana tidak ada seorang pun dari kita melainkan semuanya akan terlibat dengan riba WALAUPUN hanya terkena percikan atau debu-debunya sahaja.

Walaubagaimana pun, kita wajib mengelak dari melakukan riba secara langsung (apa lagi dengan sengaja kerana mahukan keuntungan lebih tanpa mengira akibat yang ditanggung oleh saudara kita yang lain), kerana ianya adalah satu bentuk kezaliman dan penganiayaan terhadap orang lain atau diri kita sendiri.

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.