Azan (أَذَان) adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Iqamat bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat.
Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan waktu solat fardu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat. Penandaan ini dibuat dengan melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu. [Wikipedia]
4x | الله اكبر | Allahu Akbar | Allah Maha Besar |
2x | اشهد ان لا اله الا الله | Ash-hadu allā ilāha illallāh | Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah |
2x | اشهد ان محمدا رسول الله | Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh | Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah |
2x | حي على الصلاة | Hayya 'alas-salāt | Marilah menunaikan solat |
2x | حي على الفلاح | Hayya 'alal-falāh | Marilah menuju kejayaan |
2x | الصلاة خير من النوم | Aṣ-ṣalātu khayrun min an-naūm | Solat itu lebih baik dari tidur* |
2x | الله اكبر | Allāhu akbar | Allah Maha Besar |
1x | لا اله الا الله | Lā ilāha illallāh | Tiada Tuhan selain Allah |
* Baris "Solat itu lebih baik dari tidur" hanya digunakan untuk Solat Subuh (fajr).
All photos are shot and composed by me. Semua foto dan gambar ditembak dan digubah oleh saya. Terima kasih .......