IPOH - Seorang murid terbunuh, manakala empat lagi termasuk seorang guru cedera selepas dipanah petir ketika sedang berlatih sukan di padang Sekolah Kebangsaan Mazuin di Kuala Kangsar, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa Muhammad Syafiq Mohd Tajul Ariffin, 11, dan tiga rakannya serta seorang guru baru selesai menjalani latihan memanah.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superitendan Abdul Ghaffar Mohamad, berkata murid Tahun Lima itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi rakannya berusia 10 hingga 12 tahun dan guru mereka dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan manakala mangsa yang cedera dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)