Penggodam semakin menggunakan laman web permainan yang fokus kepada kanak-kanak untuk menyebarkan malware dan program mencuri data, syarikat anti-virus Eropah berkata.
Firma Avast itu berkata ia telah mengesan aktiviti virus di lebih daripada 60 laman web dengan perkataan "game" (permainan) atau "arcade" dalam tajuk mereka dalam 30 hari.
Laman-laman itu telah diserang dengan jangkitan Javascript, redirectors dan perisian berpotensi yang tidak diingini.
Laman web permainan menjadi sasaran kerana kanak-kanak biasanya tidak berwaspada seperti orang dewasa tentang apa yang mereka klik ketika melawat laman-laman tersebut, kata pegawai syarikat.
"Ini adalah laman web dengan permainan mini, termasuk aplikasi flash dan aplikasi dalam talian yang mudah satu contoh adalah perisian yang membolehkan anak-anak gadis untuk berpakaian dan menukar pakaian watak-watak".
Avast berkata "pek eksploitasi" yang dijual dalam talian bermakna para hacker yang bertanggungjawab mungkin tidak memerlukan kemahiran pengekodan yang 'advance'.
[BBC]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)