Ratusan pemuda dari 73 negara peserta Persidangan Pemuda dan Kebangkitan Islam yang diadakan di Tehran bertemu dengan Pemimpin Besar Revolusi Islam Iran atau Rahbar, Ayatullah al-Udzma Sayyid Ali Khamenei pada hari Isnin 30 Januari 2012.
Seperti dilaporkan oleh IRNA mengutip laman Rahbar, Pemimpin Besar Revolusi Islam Iran, Ayatullah al-Udzma Sayyid Ali Khamenei menilai kebangkitan Muslim di kawasan menentang diktator pro Barat sebagai fenomena penuh berkat dan penting.
Dia juga menyebut kebangkitan ini sebagai awal dari perlawanan anti diktator dunia termasuk Rejim Zionis Israel dan negara angkuh lain. "Gerakan penuh berkat dan Islami ini, dengan izin dan bantuan Allah s.w.t, umat Islam kembali akan meraih kehormatan serta independensinya," tegas Rahbar.
Dalam ucapannya, Rahbar menyebut pemuda negara-negara Islam sebagai pembawa khabar gembira bagi masa depan umat Islam. "Kebangkitan pemuda di seluruh Dunia Islam menambah harapan bagi kebangkitan seluruh umat muslim dunia," ungkap Ayatullah al-Udzma Sayyid Ali Khamenei.
Tak lupa, dia juga mengisyaratkan pengaruh kuat rangkaian rumit dan berbahaya Israel serta kekuatan angkuh dunia. Rahbar mengatakan, kebangkitan rakyat kawasan menentang diktator pro Barat merupakan sebahagian daripada perang kemanusiaan anti diktator dunia, Israel.
"Setelah melalui sejarah kelam, umat manusia akan bebas dari kekuasaan diktator yang berbahaya dan transformasi besar ini sesuai dengan janji Allah S.W.T serta akan memberikan kebebasan kepada setiap bangsa dan munculnya kerajaan Ilahi," tambah Rahbar.
Ayatullah Khamenei menilai transformasi negara-negara Islam sebagai permulaan dari kebahagiaan dan jalan selamat. "Yang penting saat ini adalah kemenangan yang telah diraih bukan dianggap sebagai akhir. Kita harus meneruskan perjuangan menentang keangkuhan dunia dan pengikut-pengikutnya dengan bersandar pada tekad kuat dan berbaik sangka kepada Allah S.W.T," kata Rahbar.
Rahbar juga menyebut pengapian pergeseran antara umat Islam sebagai salah satu rancangan jahat dan strategi musuh. "Kebangkitan Islam tidak mengenal Sunni dan Syiah serta pengikut mazhab lain. Mereka dengan penuh rasa persatuan dan perpaduan tampil ke medan," tegas Rahbar.
Dalam ucapan, Rahbar juga mengisyaratkan unsur-unsur persamaan antara bangsa muslim dunia. Beliau berkata, bangsa Muslim dunia mempunyai perbezaan antara satu sama lain dan mengingati perbezaan dari sisi geografi, sejarah dan sosial tidak ada teladan perseorangan bagi seluruh negara Islam. Namun yang paling penting adalah seluruh bangsa muslim menentang pengaruh Israel dan Amerika Syarikat. "Muslim dunia juga tidak tahan dengan kewujudan rejim Zionis Israel," tambah Rahbar.
[IRIB , Republika]
Semoga kenyataan Rahbar itu ikhlas dan tiada udang di sebalik batu, kerana sangat banyak sejarah silam memperlihatkan bahawa Syiah selalu tikam belakang terhadap Sunni, na'uzubillahi min zaalik .......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)