Berita Terkini

Israel akan merampas Syria, bila Bashar al-Assad jatuh

Israel akan merampas Syria, bila Bashar al-Assad jatuh
Israel sangat takut apabila Presiden Bashar al-Assad jatuh, maka Syria akan jatuh ke tangan Ikhwanul Muslimin. Israel akan benar-benar terkepung. Seperti dikatakan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, apabila Bashar al-Assad jatuh, maka Syria akan jatuh ke tangan Ikhwanul Muslimin.

Israel seperti dikatakan oleh Menteri Pertahanan Amerika Leon Panetta, bahawa pasca revolusi di dunia Arab, nasib Israel benar-benar sangat buruk, dan terkepung dengan rejim-rejim baru, yang sangat tidak bersahabat dengan Israel. Israel harus melakukan pilihan berdamai dengan dunia Arab dan Palestin.

Kejatuhan Bashar al-Assad, sangat dikhuatirkan Syria akan jatuh ke tangan Ikhwan. Bererti Israel di kelilingi kuasa yang dikendalikan oleh Ikhwan. Mesir, negeri yang paling strategik kedudukan geopolitiknya, dan berpenduduk 87 juta, sekarang kuasa beralih ke tangan Ikhwan. Bersamaan dengan kemenangan Parti Kebebasan dan Keadilan, yang mencapai 40 peratus sokongan suara dari rakyat.

Situasi politik di Mesir masih ditambah dengan kemenangan Parti Nur, yang ditubuhkan oleh Salafi, mendapatkan sokongan yang sangat signifikan suaranya, yang mencapai hampir 30 peratus. Sehingga, gabungan Parti Kebebasan dan Keadilan dengan Parti Nur, sudah mencapai 70 peratus, dan dengan sendirinya, boleh mengubah perlembagaan Mesir, yang akan mempunyai implikasi serius bagi masa depan.

Palestin sudah lama, kekuatan Ikhwan mengadakan kukunya di tanah Palestin, sejak zamannya Hasan al-Banna menghantar beribu-ribu tentera sukarelawan ke Palestin, dan kemudian dilanjutkan oleh Izzudin al-Qassam, yang merupakan seorang pemimpin Ikhwan. Seperti, Ahmad Yasin dan Haniya, merupakan tokoh yang bergabung secara ideologi dan politik kepada Ikhwan.

Sheikh Yasin merupakan generasi kedua selepas Izzudin Al-Qassam, yang berjuang membebaskan Palestin. Sekarang Sheikh Yasin digantikan oleh Ismail Haniya. Mereka merupakan generasi penerus Ikhwan.

Di Lubnan, kekuatan Ikhwan tidak boleh dipandang lemah, yang merupakan rangkaian gerakan, yang dikenali sebagai "Murobithun", yang merupakan gerakan sayap tentera dalam gerakan Ikhwan di Lubnan.

Tokoh-tokoh Ikhwan Lubnan, seperti Fathi Yakan, dan Said Hawa, merupakan tokoh-tokoh yang terus menggelorakan penentangan terhadap Israel. Walaupun, landskap politik di Lubnan sekarang dikuasai oleh Hizbullah. Tetapi, kumpulan Ikhwan tetap mempunyai "share" politik di Lubnan.

Demikian juga, di Jordan, kekuatan Islamic Action Front, yang menjadi sayap politik Ikhwan, terus melakukan tekanan terhadap Raja Abdullah, yang menjadi pewaris takhta Kerajaan Jordan, menginginkan agar hubungan dua hala dengan Israel dibatalkan. Islamic Action Front, mempunyai sokongan yang luas, dan mempunyai kekuatan dan sokongan dari rakyat Palestin.

Tokoh-tokoh Ikhwan di Syria sudah habis dibantai oleh Hafez al-Assad, ayah kepada Bashar al-Assad, pada tahun l982, tetapi bandar Hamma (Home), tetap menjadi pusat gerakan terhadap rejim Alawiyyin (Syiah).

Ikhwan sejak zamannya Ramadhan al-Buthi, dan beberapa tokoh lain, terus melakukan penentangan terhadap rejim minoriti Alawiyyin, yang menggunakan pasukan tentera mereka membasmi gerakan Ikhwan.

Tetapi, sejak tahun l982, di mana Ikhwan dibunuh oleh Hafez al-Assad, sekarang mereka menggunakan taktik baru, yang diinspirasi oleh Hamas, melalui cara "Intifadhah" penentangan dalam bentuk pembangkangan awam dan demonstrasi.

Ini membuatkan rejim Bashar al-Assad, menghadapi kesulitan. Selain itu, kumpulan Ikhwan di Syria sekarang mendapat sokongan dari Turki, dan beberapa NGO antarabangsa di bidang hak-hak asasi manusia.

Israel meyakini Bashar al-Assad pasti akan kalah dan hancur. Ketua Staf Angkatan Bersenjata Israel, Jeneral Benny Gantz berkata, kepada ahli Jawatankuasa Knesset, bila Bashar al-Assad jatuh, maka tentera Israel akan masuk ke Syria.

Ini sudah tidak mungkin lagi ditoleransi, di mana rejim-rejim yang dahulunya menjadi sekutu Israel, sekarang jatuh ke tangan kumpulan "pengganas". Ikhwan di mata Israel tetap merupakan kumpulan radikal, yang sama dengan pengganas. Hamas yang merupakan anak asuhan Ikhwan itu, tak lain adalah kekuatan pengganas, yang akan mengancam masa depan Israel.

Seperti garis yang melingkar dari mulai Mesir, Tunisia, Maghribi, Algeria, Yaman, sampai ke Syria, kekuatan Ikhwan, nampaknya akan menjadi penentu garis politik di Timur Tengah di masa depan. Ikhwan akan menjadi pemain utama, pasca revolusi di dunia Arab dan Afrika Utara.

Kemenangan dalam pilihan raya yang sekarang ini berlangsung, nampaknya memberi ruang lebih luas bagi Gerakan Jamaah Ikhwan meletakkan dalam episentrum politik secara serantau di dunia Arab dan Afrika Utara.

Di Mesir, pilihan raya parlimen dimenangi oleh Parti Kebebasan dan Keadilan, di Tunisia dimenangi Parti An-Nahdhah, di Maghribi dimenangi oleh Parti Keadilan dan Pembangunan, di Yaman kemungkinan yang akan menjadi penentu ialah Parti Ishlah.

Semuanya kekuatan politik baru ini, merupakan produk Ikhwan. Dan para pemimpin Ikhwan memainkan peranan politik dengan sangat cerdik, yang kadang-kadang menimbulkan prasangka di kalangan Islam sendiri, yang menilai Ikhwan bermain dalam tingkatan politik, bergaya "murji'ah".

Penentu polisi di Jerusalem dan Washington sedang celaru melihat perubahan politik, yang sangat dramatik di dunia Arab dan Afrika Utara, di mana kalangan sekular dan liberal digulung oleh kalangan Islamis.

Walaupun begitu, White House (Rumah Putih) sudah mengeluarkan beratus-ratus juta dolar untuk menggagalkan kaum Islamis daripada mencapai kemenangan.

Tetapi, segalanya telah berubah, dan tidak mungkin lagi arah jam, akan ditarik ke belakang, dan segalanya telah memberikan harapan bagi Gerakan Islam.

Tentu, yang paling menarik ialah perkembangan di Turki, di mana Parti AKP yang dipimpin oleh Perdana Menteri Erdogan, benar-benar berjaya mengubah kedudukan tentera. Tentera Turki diletakkan di bawah kekuasaan tertinggi awam. Tentera tidak lagi dapat mencampuri urusan kerajaan, dan membubarkan kerajaan parti politik.

Sekarang kedudukan Turki semakin jauh. Akibat peristiwa Kapal Mavi Marmara itu, hubungan Turki-Israel, boleh dikira tamat. Semua hubungan dua hala dengan Israel dibekukan. Padahal, antara Turki dan Israel, kedua-duanya menjadi ahli Nato. Tetapi, Turki tetap memilih jalan menolak hubungan dengan Israel, sampai meminta maaf.

Kerjasama antara Ikhwan dengan Parti AKP sangat jelas, di mana ketika lawatan Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan, bertemu dengan Mursyid 'Aam Ikhwanul Muslimin, Mohammad Badie, dan melakukan perbincangan bagi masa depan dunia Arab dan kaum Muslimin.

Perdana Menteri Hamas Haniya, juga melakukan lawatan ke Turki, dan bertemu dengan Erdogan. Ismail Haniyah bukan hanya bertemu dengan Erdogan di pejabatnya di Ankara, tetapi Haniyah di jamu di rumah Erdogan di rumah peribadinya. Sokongan Turki terhadap Palestin secara total. Tidak menunjukkan adanya keraguan.

Israel benar-benar terkepung buat masa sekarang. Seperti dikatakan oleh Menteri Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta, bahawa Israel sekarang sudah terkepung, dan Benyamin harus berdamai dengan Palestin.

[Al-afghan, Era Muslim]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.