WASHINGTON - Iran berpotensi membangunkan bom nuklear dalam masa setahun dan mampu membekalkannya dalam masa dua atau tiga tahun, kata Setiausaha Pertahanan, Leon Panetta, semalam.
“Amerika Syarikat dan Presiden, Barack Obama cukup jelas mengenai perkara ini, kita tidak mahu Iran membangunkan senjata nuklear mereka," katanya pada program bual bicara stesen televisyen CBS, '60 Minutes.'
Panetta menegaskan bahawa pegawai Amerika Syarikat akan menggunakan apa saja langkah sesuai sekiranya maklumat perisikan mendapati Iran meneruskan pembangunan program senjata nuklearnya.
Ditanya sama ada ia turut membabitkan tindakan ketenteraan, beliau berkata: “Dalam perhitungan kita, tiada satunya yang tidak menjadi pilihan kita."
Panetta berkata, sekiranya Iran masih mahu meneruskan program nuklear, ia dijangka mengambil masa kira-kira setahun untuk menghasilkan bom dan setahun atau dua tahun selepas itu untuk mengagih dan membekalkannya.
[AFP , Berita Harian]
Sementara bekas ketua perisikan Israel iaitu Amos Yadlin berkata bahawa Iran dapat membina satu bom nuklear bila-bila masa ia mahu.
Pada hari Rabu lalu pula, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkata Iran tidak membuat keputusan secara rasmi untuk membina bom itu kerana boleh menarik sekatan dan tindakan tegas antarabangsa lain terhadapnya.
Pada hari Rabu lalu pula, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkata Iran tidak membuat keputusan secara rasmi untuk membina bom itu kerana boleh menarik sekatan dan tindakan tegas antarabangsa lain terhadapnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)