Berita Terkini

Ada cubaan murtadkan umat Islam di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memandang serius tindakan pihak tertentu yang cuba memesongkan akidah umat Islam di negeri ini dengan menjadikan golongan tertentu sebagai sasaran.

Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Rozali Saleh berkata, antara golongan yang menjadi sasaran ialah orang miskin, golongan terbiar, remaja lepak dan pesakit di hospital.

"Hasil siasatan kita mendapati pihak terlibat kini aktif mencari sasaran dan cuba membawa keluar mereka dari agama Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kursus Pengenalan Bahasa Isyarat untuk penjawat awam di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata JHEAT mengambil beberapa langkah bagi menyelamatkan akidah umat Islam antaranya menganjurkan program yang boleh mendekatkan agensi tersebut dengan golongan belia bermasalah.

Mohd Rozali berkata pihaknya juga membuka sebuah pusat pemulihan di Batu Rakit untuk belia yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, selain melatih guru agama dan pendakwah sesuai dengan kumpulan sasaran.

Sementara itu, mengulas kursus yang dianjurkan, beliau berkata ia bertujuan mengeratkan ukhuwah antara golongan normal dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) agar mereka tidak berasa terpinggir atau tersisih, selain merapatkan hubungan komunikasi kedua-dua pihak.

Kursus dua hari itu disertai 120 penjawat awam di Terengganu.

[Bernama]


Sepatutnya umat Islam yang mesti dakwah dan ajak orang lain kepada Islam. Jangan sampai umat Islam pula didakyah ke agama lain, na'uzubillah. Ini lah antara akibatnya jika penekanan kepada dakwah tidak dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Jangan hanya PANDANG SERIUS, tapi kita mesti laksanakan DAKWAH DENGAN SERIUS, dan ajak mereka BERHUJJAH untuk menyebarkan KEBENARAN. Semoga Allah memelihara Aqidah umat Islam agar tidak dapat dipesongkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.