Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » Sistem Penuaian Air yang boleh menukarkan udara menjadi air

Seorang perekabentuk Australia telah memenangi Anugerah James Dyson (James Dyson Award) tahun ini dengan suatu rekacipta yang diinspirasikan dari seekor kumbang sederhana.

Sistem Penuaian Air yang boleh menukarkan udara menjadi air

Sistem pengairan titisan udara (Airdrop) yang elegan oleh Edward Linacre ini secara literalnya menarik air daripada udara nipis dan akhirnya boleh menyelesaikan masalah tanah pertanian yang terjejas akibat kemarau.

Lelaki berusia 27 tahun itu menewaskan pelbagai pereka dan pencipta inovasi untuk mengambil hadiah berupa $15,500 dolar, yang bertujuan untuk menyokong reka bentuk, teknologi dan pendidikan kejuruteraan, badan-badan amal penyelidikan perubatan dan projek-projek masyarakat tempatan.

Airdrop adalah berkos rendah, penyelesaian berkuasa sendiri untuk menanam tanaman di kawasan kering.

Sistem Penuaian Air yang boleh menukarkan udara menjadi air

Selepas kemarau terburuk di negara itu pada abad ini, Linacre iaitu bekas pelajar di Swinburne University of Technology di Melbourne itu berpaling ke alam semula jadi untuk mencari cara-cara memerangkap lembapan dari udara.

Dia mengkaji kumbang Namib, satu spesis bijak yang tinggal di salah satu daripada tempat-tempat yang paling kering di muka bumi.

Namib Beetle

Dengan 1.3cm hujan setahun, kumbang itu hanya boleh hidup dengan meminum embun yang terkumpul pada kulit hydrophilic belakangnya pada awal waktu pagi.

Airdrop menggunakan konsep yang sama, bekerja pada prinsip dimana walaupun udara paling kering pun sebenarnya mengandungi molekul air yang boleh diekstrak dengan merendahkan suhu udara kepada titik pemeluwapan.

Ianya mengepam udara melalui rangkaian paip bawah tanah untuk menyejukkannya ke titik di mana air memeluwap, menyampaikan air terus ke akar tumbuh-tumbuhan.

Linacre, yang sangat dipuji di Anugerah Australia baru-baru ini itu, berkata: "Memenangi hadiah bermakna saya boleh membangunkan dan menguji sistem Airdrop. Ia mempunyai potensi untuk membantu petani di seluruh dunia dan saya akan menyahut cabaran ini. "



[news.com.au]

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)