Steve Jobs diakui sumbangannya dalam dunia tekonologi maklumat. Namun di sebalik itu, ada segelintir pihak yang menilai Jobs sebagai tokoh yang membuat orang makin menjadi individualistik.
Salah satunya adalah Rabi Lord Jonathan Sacks. Menurutnya, Jobs membantu menciptakan budaya pelanggan yang individualistik. Dan pada akhirnya berbuah ketidakbahagiaan.
"Selalu saja i i i sekarang ini," kata Sacks mereferensikan produk Apple yang memang selalu bermula dengan i, seperti iMac, iPad, iPod, dan iPhone. Ia menyatakan hal ini dalam satu perbincangan di depan Ratu England, Ahad.
"Apabila anda menjadi individualistik dan egosentrik, yang anda pedulikan hanyalah anda sendiri, ini jelas tak baik," katanya.
Menurutnya lagi, produk Apple dan produk pengguna yang lain telah membuat manusia makin jauh dari Tuhan.
Jurucakap bagi Ketua Rabbi kemudiannya berkata, perkataan Sacks itu tidak dimaksudkan sebagai satu serangan ke atas Apple atau Jobs (yang meninggal dunia pada bulan Oktober), tetapi semata-mata amaran tentang potensi bahaya kepenggunaan.

[Metro , Republika]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)