Arwah penyanyi Amy Winehouse dikhabarkan menghantui rumah penyanyi rock Pete Doherty di London, England. Seperti dilaporkan The Sun, di rumah itu Amy kelihatan muncul tiga hingga empat kali sejak kematiannya pada Julai lalu.
Doherty mengaku, dia melihat hantu penyanyi 'Rehab' itu di bilik tidurnya. Dia juga melihat bayangan Amy di tingkap pada tengah malam. Walaupun berteman baik dengan pemilik album 'Back to Black' itu semasa hidup, tetap saja Doherty ketakutan. Tidak hairanlah, sekarang dia lebih memilih untuk tinggal di Perancis berbanding kembali ke rumahnya itu.
"Dia percaya telah melihat hantu Amy. Ramai orang fikir ini kerana dia terpengaruh dengan ubat-ubatan, tapi dia mengaku bersih," kata seorang teman Doherty. Doherty dianggarkan terpukul dengan kematian Amy. Selain itu, dia tak dapat hadir untuk memberikan penghormatan terakhir pada pemakaman rakannya itu.
[MetroTvNews]
Mungkin itu hanya imaginasi Pete. Tapi kalau betul dia melihat bayangan-bayangan tersebut, maka ntah jin mana yang minat Amy Winehouse hingga menyamar jadi arwahnya ....... Wallahu a'lam ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)