Patut lah ada golongan elit dunia yang betul-betul mahu menjaga artis, kerana setelah artis popular mati pun mereka masih boleh membuat duit dan mengaut keuntungan. Sampaikan katil tempat mati pun nak dilelong , ih ih ih ih ih.
Katil tempat mati Michael Jackson akan dijual di lelongan bersama dengan barang-barang lain dari rumah keluarganya.
Barang-barang yang akan di lelong di Galeri Lelong Julien (Julien's Auctions Gallery) di Beverly Hills, California, termasuk seni halus dan perabot.
Penjualan akan berlaku pada 17 Disember. Sesetengah pembeli mungkin berminat pada seramik Asia jardinières atau perabot gaya Perancis abad ke-18 dan 19.
Tetapi lot yang dijangka mendapat perhatian adalah katil di mana Jackson ditemui tidak sedarkan diri oleh doktor peribadinya iaitu Dr Conrad Murray pada 25 Jun 2009.
[Sky News , Unikversiti]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)