Kerajaan Sudan kembali mewacanakan penguatkuasaan konstitusi negara berasaskan undang-undang Islam. Wacana itu disampaikan secara langsung oleh Presiden Omar Hassan Al-Bashir, Khamis (13/10).
Bashir berkata, kira-kira 98 peratus masyarakat Sudan beragama Islam. Sewajarnya perlembagaan negara berlandaskan undang-undang Islam. "Kami menyebutnya sebuah perlembagaan negara Islam," papar Bashir seperti dilaporkan oleh Reuters, Jumaat (14/10).
Bashir menambah, undang-undang Islam akan menjadi dasar perlembagaan di mana Islam akan menjadi agama rasmi dan Bahasa Arab akan menjadi bahasa rasmi.
Munculnya wacana pelaksanaan undang-undang Islam di Sudan, tidak terlepas dari kemerdekaan Sudan Selatan dalam sebuah referendum beberapa waktu lalu. Sebelumnya, Sudan melaksanakan perlembagaan sementara yang menyatakan pelaksanaan undang-undang Islam hanya berlaku di wilayah Utara Sudan, yang merupakan majoriti Muslim.
Sementara pada wilayah Selatan, dikuatkuasakan Peraturan sekular yang mengikuti kepercayaan Kristian dan tradisional majoriti warga Sudan Selatan. Disember tahun lalu, Presiden Sudan Omar Hassan al-Bashir sempat mengancam akan melaksanakan undang-undang Islam apabila wilayah selatan negara itu memilih untuk merdeka dari wilayah utara.
"Apabila Sudan selatan memisahkan diri, kita akan menukar perlembagaan. Kalau ini wujud tidak akan ada lagi ruang untuk perbezaan budaya dan etnik." katanya.
[Republika Online]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)