Sebelum ini kita lihat Samsung mencipta telefon pintar boleh lentur iaitu Samsung Galaxy Skin. Kini nampaknya Nokia pun turut sama bersaing. Begitulah dunia, tak habis-habis mahu berlumba dan bersaing :)
Nokia menunjukkan prototaip yang benar-benar unik di Nokia World show di London baru-baru ini. Telefon bimbit fleksibel ini boleh dikawal hanya dengan membengkok / melenturkannya. Cara penggunaannya lebih kurang sama dengan PaperPhone.
Seperti yang anda lihat dalam video di bawah, prototaip membenarkan anda untuk mengezum masuk dan keluar dan menavigasi melalui menu hanya dengan melentur dan memulas peranti ini di dalam berbagai arah. Ia kelihatan cukup intuitif, lebih-lebih lagi apabila berpasangan dengan skrin Multitouch.
Prototaip ini dilengkapi dengan skrin OLED fleksibel dan apa yang kelihatan sebagai satu kurungan seperti getah.
[CNet , Dvice]
p/s: Saya sampai sekarang guna telefon Nokia zaman lama yang monokrom , tak ada masalah pun. Tak ada duit buat cara tak ada duit kan. :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)