Berita Terkini

Muhammad S.a.w adalah Rasul terakhir, Yesus bukan Rasul terakhir

Nampaknya ada seorang Kristian yang betul-betul mahu menyerang blog ini. Setiap hari dia datang ke sini dengan ketidak-puasan hati dia. Maka insyaAllah, saya akan mula repost posting-posting lama berkenaan Kristologi ke blog ini juga dari semasa ke semasa. Kerana dulu tiada yang dapat menjawab dengan baik, kali ini biar saudara Tiwas Tiwasok menjawab dengan pengetahuan-pengetahuan yang dia ada.

Assalaamu'alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera ....  Adalah sudah dinyatakan dalam AlQuran dan Alhadith bahawa Nabi Muhammad S.a.w adalah Rasul Allah yang terakhir. Selepas kedatangan Muhammad S.a.w , manusia sepatutnya beriman dengannya dan tidak boleh meminggirkannya. Dalil-dalil yang jelas bahawa Nabi Muhammad S.a.w adalah rasul terakhir adalah seperti berikut;

"Bukanlah Muhammad itu bapa salah seorang laki-laki di antara kamu tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup Nabi-nabi." Surah Al Ahzaab : Ayat 40

Abu Hurairah meriwayatkan, Nabi Muhammad pernah bersabda,

"Bandingan antara aku dan nabi-nabi sebelum aku ibarat seorang yang membina rumah. Dia membina dengan baik dan cantik, tetapi ada sekeping batu bata yang masih belum diletakkan di satu sudut. Kemudian orang ramai mengelilingi rumah itu dengan kagum melihatnya, lalu mereka berkata, "Mengapakah tidak diletakkan batu bata ini." Nabi Muhammad berkata lagi, "Akulah batu bata itu dan aku adalah penutup segala Nabi." Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

Rasulullah S.A.W juga bersabda dalam hadith lain: "Rantai Kerasulan dan Kenabian telah sampai pada akhirnya. Tidak akan ada lagi rasul dan nabi sesudahku". (Tirmizi, Kitab-ur-Rouya, Bab Zahab-un-Nubuwwa; Musnad Ahmad; Marwiyat-Anas bin Malik).

Dan banyak lagi dalil yang jelas yang mana menunjukkan Nabi Muhammad S.a.w adalah nabi / rasul yang TERAKHIR dan PENUTUP segala nabi dan rasul. Sedangkan Nabi Isa a.s / Yesus tidak pernah sekali pun mengatakan dengan JELAS bahawa dia adalah rasul terakhir. Malah ada ayat yang ditafsirkan sendiri oleh umat Kristian yang mana ayat itu langsung tidak jelas menyatakan Yesus adalah Nabi Terakhir. Lebih-lebih lagi Yesus hanya diutuskan kepada umat Israel sahaja, bukan untuk seluruh alam.

Matius 15:24 Jawab Yesus: "Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel."


Cuba anda fikirkan, sebelum kedatangan Yesus , ajaran dari langit yang dianuti oleh umat manusia yang mana pada waktu itu adalah kaum Israel adalah ajaran Nabi Musa a.s kan? Maka selepas kedatangan Musa, manusia mestilah beriman kepada Nabi musa. Begitu lah selepas kedatangan Yesus, manusia mesti beriman kepada dia dan tidak boleh hanya sekadar beriman kepada Nabi Musa a.s dengan menolak Yesus. Ini tidak bermakna ajaran Nabi Musa a.s pada ketika itu tidak betul, tetapi syariat baru dari langit telah datang maka manusia mesti mengikuti SYARIAT tersebut yang sesuai dengan zamannya.

Ajaran Kristian kemudian yang mengatakan Kristian mesti disebarkan ke seluruh alam adalah berdasarkan kepada olahan Paulus. Sedangkan Yesus sudah terang-terang pada asalnya menyebut dia datang hanya untuk Bani Israel.  Dan Yesus tidak pernah mengatakan bahawa dia adalah RASUL TERAKHIR.

Dengan kerana itu lah selepas kedatangan Nabi Muhammad S.a.w ke dunia ini, maka manusia mesti beriman kepada Nabi Muhammad. Tidak boleh hanya berpegang dengan ajaran Yesus dan mengenepikan ajaran Muhammad S.a.w.  Ini kerana SYARIAT baru telah turun dan SYARIAT ini adalah yang PALING SESUAI dengan keadaan umat AKHIR ZAMAN. Maka jika mereka menolak Nabi Muhammad mentah-mentah, bermakna mereka telah menolak UTUSAN dari ALLAH. Itu adalah perbuatan yang zalim iaitu menzalimi diri sendiri dan orang lain dengan masih berpegang dengan SYARIAT yang sudah tidak sesuai dengan zaman kerana TIDAK SEMPURNA lagi. Islam datang untuk menyempurnakan ajaran-ajaran para rasul sebelumnya.

"Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redhai Islam itu agamamu." Surah Al Maidah : Ayat 3

Maka kedatangan Islam bukannya menolak ajaran Yesus dan para Rasul lain melainkan sebagai pelengkap dan penyempurna semata.

Ada yang berkata, Islam tidak sama dengan apa yang diajar oleh Yesus kerana Islam mengatakan Yesus tidak disalib dan dia tidak mati.  Dan penganut Kristian mengatakan Penyaliban itu sebagai inti iman mereka dan ini bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Islam. Maka kami bertanya balik, Yesus kah yang mengajar tentang PENYALIBAN itu?  Sila berikan DALIL bahawa Yesus menyebut tentang Penyaliban?  Sila berikan kata-kata Yesus bahawa penyaliban adalah INTI IMAN ajarannya?

Anda tidak akan dapat memberikan dalil dari Yesus berkenaan dengan hal itu, kerana Yesus sendiri tidak pernah mengajar tentang PENYALIBAN, malah itu hanya diajar oleh PAULUS. Yesus sendiri mungkin teramat sedih kerana ramai umatnya yang tidak mengikuti ajarannya malah mengikuti ajaran paulus tetapi menyandarkan padanya.  Wallahu a'lam  :)

2 ulasan:

  1. Persoalan2 saudara di atas sana telah saya jawab di blog Hikmatun. Kalau saudara betul2 mahu cari KEBENARAN, saudara selongkar lah di sana.

    Tentang Yesus Rasul Terakhir, itu kerana ada umat kristian sendiri dulu mewar-warkan tentang itu, kan saya dah banyak berdialog di Hikmatun. Saya tak tulis kalau tak ada org Kristian sendiri yang kata begitu. Kamu dah lupa ke Kristian banyak MAZHAB?

    Begini lah, saya amat sibuk, dan banyak masalah. Saya dah buka ruang untuk kamu berdialog di http://hikmatun.wordpress.com/2011/10/12/dialog-tentang-perbandingan-alquran-dan-bible-%E2%80%93-mana-yang-benar-12/

    Sila kan lah , mungkin ada nanti yang akan respon dan berdialog dengan saudara.

    Selamat semuanya, semoga saudara akan diberikan hidayah oleh Allah S.w.t., amin .......

    BalasPadam
  2. Bacaan dasar: http://siapaisa.blogspot.co.id/

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.