Motosikal antik yang berusia 117 tahun yang digelar 'Roper Steam Powered Motorcycle', telah direka oleh Sylvester Roper dan kini dijangka mencecah £325,000 apabila ia dijual di Las Vegas pada bulan Januari nanti.
Peminat dari seluruh dunia dijangka akan membuat penawaran bagi mesin yang laju tertingginya adalah 40mph, dan terdiri daripada dandang, enjin stim yang dilekatkan pada rangka basikal hickory velocipede itu.
Roper menghubungkan rod omboh kepada engkol pada gandar roda belakang dan roda pepejal yang dibuat bagi perjalanan yang sangat tidak selesa.
Juga diakui bahawa mesin itu berbahaya - sebagaimana Roper sebenarnya meninggal dunia semasa menunggangnya pada tahun 1896.
Basikal ini berfungsi dengan menggunakan tungku dan dandang yang digantung pada pegas dari bingkai antara roda.
Arang batu memanaskan air untuk menjana stim yang memberi kuasa pada enjin. Stim ekzos dibawa oleh tiub ke dalam cerobong di belakang pelana.
Air yang dibekalkan dari takungan yang merupakan sebahagian tempat duduk dengan menggunakan pam air suapan dikendalikan oleh engkol kiri silinder.
Penunggang boleh memecut dengan memusingkan genggaman pada hendal (handle) yang bertindak sebagai pendikit (throttle) - dalam cara yang sama seperti motosikal moden.
Rekod dunia sekarang bagi motosikal dijual pada lelongan yang dipegang oleh 1915 Cyclone Board Track Racer. Ia dijual dengan harga £300,000 pada tahun 2008.
[Mail Online]
Rupa motosikal antik ni tak ubah macam basikal tua :)
Rupa motosikal antik ni tak ubah macam basikal tua :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)