Ada sesiapa yang nak beli cermin mata milik Adolf Hitler dulu? Ia akan dilelong di rumah lelong Hermann Historica Munich.
Pemimpin Nazi itu memakainya di persidangan tentera apabila penglihatan beliau makin merosot ketika Perang Dunia Kedua berlarutan.
Dijangka harganya mencecah £5,000, kaca mata itu datang dalam bekas kulit hitam yang original dengan baldu berwarna biru gelap yang timbul dengan nama juruoptik Ruhnke di Berlin yang membuatkannya untuk Hitler secara rahsia.
Objek lain termasuklah bekas rokok perak, dicop timbul dengan seekor burung helang memegang swastika dan huruf singkatan Hitler. Harganya bermula pada £9,500.
Lampu dari apartmen di Munich boleh mencapai harga lebih dari sekurang-kurangnya £4,600 dan lima keping kutleri dengan monogram beliau mempunyai rizab £1,700.
Barang yang lebih bernilai termasuklah jam tangan emas, yang diberikan kepada diktator itu pada tahun 1929 dan ditemui pada tubuhnya dalam Führerbunker, di Berlin, selepas membunuh diri pada tahun 1945. Ia boleh mencecah dua kali dari harga permulaannya £9,000.
Satu lagi barang utama dengan harga rizab sebanyak £20,000 ialah lencana emas dan zamrud yang mengandungi swastika yang dia terima pada hari lahirnya, pada 20 April 1942.
Lihat juga Lukisan potret ibu bapa Hitler akan dilelong
Gila la nak beli la satu
BalasPadam