Kentucky Fried Chicken (KFC) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan 'Obama Fried Chicken' di atas alasan pelanggaran cap dagang.
Sebuah kedai yang mengandungi logo 'OFC' - lengkap dengan kesamaan Obama menggantikan Kolonel - telah muncul di Beijing, China.
Kedai ini nampaknya kerja-kerja usahawan China yang terkenal inovatif, dalam kes ini seorang pelajar universiti, dan masih belum dibuka.
Kedai ini dibuka berdekatan dengan Kampus Kolej Bandar Beijing Aerospace City. Ia dijangka akan mula beroperasi pada 8 Oktober.
Sudah diagak, KFC tentu akan mengambil tindakan terhadap kedai cetak rompak ini.
Dan ini bukan pertama kali KFC berhadapan dengan kes sebegini. Sebelum ini pernah mendakwa sebuah kedai yang juga di China iaitu KFG.
Nampaknya tokey2 OFC bertindak cepat sebelum KFC menyaman. Mereka sudah menukar nama kepada UFO , huhu
BalasPadamTapi bagaimana pula dengan Obama? Mungkin kah Presiden Obama akan mengambil tindakan juga kerana menggunakan mukanya? Mungkin tidak .......
fail . sgt2 fail. haha
BalasPadam