Nampaknya bukan Bill Goldberg saja yang pandai 'spear' orang, tetapi burung ini juga pandai 'spear', tapi spear pada ikan lah.
Burung Anhinga (Snakebird, Darter, American Darter, atau Water Turkey) telah mengesan ikan yang berenang di sungai berhampiran Miami, Florida, AS.
Ia kemudiannya mengejar melalui air selepas menyediakan tempat untuk makan malam. Selepas berenang, burung itu dengan kemahirannya akan mencucuk ikan dengan paruh dia.
Tetapi pemangsa itu kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala sebelum melontar ikan ke udara dan menangkap dengan mulutnya, lantas menelan bulat-bulat.
Anhinga licik itu boleh berenang seperti bot U dengan badan tenggelam di bawah garis air dan hanya leher menonjol seperti periskop.
Adegan luar biasa ini telah ditangkap dengan kamera oleh Alfred Forns, seorang doktor gigi berusia 64 tahun yang juga dari Florida.
MasyaAllah .......
[Mail Online , Unikversiti]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)