Seorang stuntman terkenal, Todd Green maut ketika melakukan aksi lagak ngeri di Selfridge Air National Guard Base, Harrison, Michigan, AS. Dia terjatuh dari ketinggian 200 kaki, setelah turun dari helikopter ke atas kapal terbang.
Dia telah menjadi stuntman @ pelagak ngeri selama 25 tahun, dan anak kepada stuntman zaman lama iaitu Eddie 'The Grip' Green.
Kebetulan jurugambar Ed Goodfellow ada di tempat kejadian, dan dia telah dapat merakam gambar-gambar aksi yang malang itu. Green tergelincir dan terjatuh ketika membuat percubaan yang ketiga.
Penonton-penonton mulanya ingat yang terjatuh itu ialah patung, sebagai salah satu trik dalam aksi tersebut. Tetapi rupa-rupanya yang jatuh itu adalah Green.
Kematian Green merupakan tragedi udara kedua di AS. Juruterbang stunt Bryan Jensen telah terbunuh selepas kapal terbangnya terhempas ke tanah pada pertunjukan udara di Kansas City.
Di Great Britain pula, juruterbang Red Arrows iaitu John Egging terbunuh selepas pesawat itu terhempas berikutan pertunjukan udara di Bournemouth minggu lepas.
[Daily Mail , unikversiti.blogspot.com]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)