Berita Terkini

Jihad NGO Islam terhadap Cadbury‎ jadi tumpuan media antarabangsa

Tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengisytiharkan jihad terhadap Cadbury selepas dua produknya coklatnya dikesan mengandungi DNA babi menjadi perhatian media antarabangsa.

jihad on cadbury

Pada sidang media di Kuala Lumpur semalam, akhbar United Kingdom (UK) The Daily Telegraph melaporkan NGO Islam berkenaan mendakwa Cadbury melampaui batas.

"Mereka mengkhianati orang Islam dengan meletakkan unsur haram dalam makanan pengguna," kata pemimpin Perkasa, Abu Bakar Yahya, seperti dilapor The Daily Telegraph.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan menggesa kilang Cadbury ditutup dan menyeru semua orang Islam memboikot produk coklat itu.

Manakala Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Masridzi Sat turut menyeru jihad terhadap syarikat pengeluar makanan ringan itu kerana cuba melemahkan orang Islam di Malaysia.

"Jika seseorang makan babi akibatnya susah hendak bimbing kembali ke pangkal jalan yang benar.

"Bila tibanya hari akhirat, bentuk muka orang itu akan menjadi babi kerana makanan yang diambil.

"Kita mesti bersatu dan isytihar jihad," katanya.

Syarikat itu bagaimanapun menjamin bertanggungjawab memeriksa semula bekalan produk makanannya bagi memastikan standard halal dipenuhi sementara kerajaan Malaysia mengendalikan pemeriksaan ke atas semua produk Cadbury Malaysia.

Hasil ujian Kementerian Kesihatan semasa pemeriksaan kandungan tidak halal dalam produk makanan mendapati wujudnya DNA 'porcine' dalam coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Milk Roast Almond.

Hari ini, bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kekesalannya dengan sesetengah umat Islam di negara yang terlalu kisahkan mengenai keharaman babi tetapi mendiamkan diri dengan dosa lebih besar seperti rasuah.

Beliau berkata, masyakarat Islam seperti tidak menyedari dosa dan mudarat dalam perkara yang jelas haram seperti riba dan rasuah adalah lebih besar daripada makan babi.

"Malangnya, kita tidak pula bising habis-habisan bagi perkara jelas haram seperti riba, korupsi, salah guna harta awam dan seumpamanya.

"Inilah fahaman Islam yang hanya terasa haram babi tetapi tidak terasa haram judi, riba dan rasuah sedangkan dosa dan mudarat semua itu lebih besar," katanya dalam tulisannya di Facebook hari ini.

Selain itu, katanya, umat Islam yang termakan makanan haram tanpa sengaja tidak dikira berdosa malah Allah juga tidak akan menghukum seseorang itu atas perkara luar daripada maklumat dan kemampuannya.

Cadbury Malaysia, seperti pengeluar makanan lain di negara yang mempunyai 60% populasi penduduk beragama Islam, memperolehi sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang melarang kandungan babi dalam setiap produk mengikut ketetapan Islam.

[The Malaysian Insider]


jihad on cadbury


p/s: Tidak kurang juga komen-komen dari masyarakat luar sana yang membela Cadbury dan mengutuk tindakan NGO Islam. Persepsi dan sudut pandang masing-masing berbeza.

Baru-baru ini Malaysia mendapat liputan meluas dari media antarabangsa mengenai kehilangan kapal terbang MH370. Sekarang berkenaan DNA babi dalam coklat Cadbury pula .......

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.