Akibat perlanggaran antara dua galaksi di angkasalepas, ahli astronomi telah merakamkan gambar satu formasi berbentuk seperti 'tanda seruan' di angkasalepas.
VV 340 - juga dikenali sebagai Arp 302, terletak 450 juta tahun cahaya dari Bumi. Yang bahagian atas diberi nama VV 340 a dan yang bawah diberi nama VV340 b.
Kata saintis, berjuta-juta tahun kemudian kedua-dua galaksi ini akan bergabung - sepertimana Bima Sakti dan Andromeda berkemungkinan akan melakukannya berbilion-bilion tahun dari sekarang.
Data yang dikumpul oleh NASA di Chandra X-ray Observatory boleh dilihat dalam warna ungu, sementara data optik dari Teleskop Angkasa Hubble, boleh dilihat dalam warna merah, hijau dan biru.
VV 340 dikelaskan sebagai Galaksi Inframerah bercahaya (LIRG - Luminous Infrared Galaxy), kerana ia adalah terang dalam cahaya inframerah.
Para saintis berusaha untuk memahami mengapa LIRG memancarkan radiasi inframerah yang begitu banyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)