Berita Terkini

10,000 pengundi kes MyKad palsu dikeluarkan oleh SPR


Selepas satu-satu taktik kotor UMNO didedahkan. Sememangnya mereka tidak akan hanya bermain satu taktik, kerana jika hanya satu, ianya mudah dikesan dan akan patah terus setelah dikesan.

Tetapi dengan bermain banyak taktik, maka akan sukar lagi untuk dikesan, dapat mengelirukan dan masih banyak peluru yang disediakan. 

Kerana itu untuk melarikan diri dari isu SPR ini, mereka keluarkan isu-isu lain seperti Mat Indera, Wahabi, Syiah dan sebagainya untuk mengalih tumpuan rakyat. Berikut adalah laporan terbaru dari MalaysiaKini.

MALAYSIAKINI 14 Sept 2011  -  Pemuda PAS mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh dua bulan telah mengeluarkan nama lebih 10,000 pengundi yang dikaitkan dengan kes kad pengenalan palsu.

Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu dikesan setelah pihaknya rancak mengenalpasti keraguan dalam daftar pemilih.

"Bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.

"Persoalannya apakah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) sememangnya sudah memiliki senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?" soalnya.

“Ini jumlah yang kita temui, maknanya jumlah pengundi klon melebihi jumlah ini,” katanya ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut hari ini.

Menurutnya, sekiranya pihaknya berjumpa jumlah pengundi hantu sebanyak itu, data pengundi klon dalam laman web SPR berkemungkinan jauh lebih banyak lagi.

Pada sidang media di pejabat PAS di Kuala Lumpur itu, Suhaizan turut mengedarkan senarai sepuluh nama bagi membuktikan dakwaannya.

Turut hadir dalam sidang media itu Timbalan Pengerusinya, Mohd Andram Musa dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan.

Ia melibatkan kes di Selangor, Perak dan Johor yang telah didedahkan sebelum ini.

[Jimadie Shah Othman - Malaysia Kini , Keadilan Daily]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.