Berita Terkini

Dari seorang Neo-Nazi menjadi seorang Muslim

David Myatt, seorang aktivis kelompok sayap kiri dan pendukung Neo-Nazi, lelaki yang berasal dari Britain ini menempuh perjalanan panjang dan berliku sebelum akhirnya memutuskan untuk memeluk agama Islam. Ego sebagai bahagian dari masyarakat Barat yang moden dan maju, menghalanginya untuk menemui cahaya Islam. Namun dia yakin Allah s.w.t telah membimbing dan memberikannya hidayah, hingga dia masuk ke sebuah masjid, mengucapkan dua kalimah syahadah dan menjadi seorang Muslim dengan nama Abdul Aziz Myatt.

Perkenalan Myatt dengan Islam bermula ketika dia bercuti ke Mesir. Di negara Piramid itu dia berkunjung ke sebuah masjid dan hatinya tersentuh dengan keindahan suara azan yang dilantunkan dari masjid itu meskipun dia belum mengerti apa itu azan. Sejak itu, Myatt mulai ingin tahu tentang Islam dan setiap kali melawat ke Mesir, dia mencari kesempatan untuk berbincang dengan Muslim Mesir dan menanyakan tentang agama mereka.

Myatt juga membeli sebuah al-Quran, membacanya sedikit demi sedikit hingga dia berkesimpulan bahawa ajaran al-Quran adalah ajaran yang masuk akal dan makin membuatnya kagum dengan Islam dan umat Islam. "Semakin banyak saya bertemu dengan Muslim, saya semakin mengagumi mereka," kata Myatt.

Ketika itu, Myatt tidak langsung berfikiran untuk masuk Islam. Dia masih dikuasai oleh egonya, cara hidupnya sebagai orang Barat dan dua hal yang membuatnya menahan diri untuk tidak menghargai Islam secara penuh dan mempelajarinya lebih jauh lagi.

Dua hal itu adalah, pertama, kerana keyakinannya yang tertanam sejak lama pada alam semesta. Keyakinan bahawa umat manusia adalah milik kepada seorang 'ibu' iaitu 'bumi'. Kedua, kerana budaya bangsanya yang membuatnya merasa lebih mulia dan tinggi dibandingkan bangsa lainnya. Selama puluhan tahun, Myatt terumbang-ambing dalam keyakinan itu, yang dia fikir sebagai sumber dari zat yang suci. Belum lagi posisinya sebagai aktivis kelompok sayap kiri dan Neo-Nazi yang membuat ramai orang termasuk para wartawan yang menilainya sebagai ahli politik yang jahat.

"Ketika itu saya masih bersikap angkuh, yang hanya percaya dengan keyakinan saya sendiri dan dalam memahami apa yang telah saya raih," ujar Myatt.

Hatinya tergerak kembali untuk mula serius mempelajari Islam ketika dia bertukar profesion, mengelola sebuah penternakan. Dia boleh bekerja selama berjam-jam seorang diri. Kedekatannya dengan alam, mengetuk jiwa dan rasa kemanusiaannya. Dia mulai menyedari kesatuan alam semesta dan bagaimana dia menjadi bahagian dari semua itu yang ciptakan oleh Tuhan.

Jauh di dasar hatinya, Myatt mengakui bahawa alam semesta ini tidak terjadi secara kebetulan tapi memang diciptakan. Kekadang keyakinan dan ego lamanya muncul. Dia merasakan seperti berperang dengan godaan syaitan. Namun dia makin meyakini di dalam hatinya tentang satu-satunya Sang Maha Pencipta.

"Untuk pertama kalinya saya merasa diri saya begitu kecil. Kemudian tanpa sengaja saya mengambil al-Quran dari rak buku, al-Quran yang saya beli waktu berkunjung ke Mesir. Saya mulai membacanya dengan saksama. Sebelumnya, saya hanya membolak-balik lembarannya dan membaca sepintas lalu beberapa ayat," tutur Myatt.

"Apa yang saya temui di dalam al-Quran adalah hal-hal yang logik, alasan, kebenaran, keadilan, kemanusiaan dan keindahan," sambungnya.

Myatt makin tertarik untuk lebih mendalami agama Islam. Dia pun mencari informasi tentang Islam melalui internet dan membaca banyak artikel tentang agama Islam di laman-laman web Islam. Dengan melepaskan semua prasangka dan keangkuhannya, Myatt harus mengakui bahawa agama Islam adalah agama yang mulia.

"Saya merasakan menemui ajaran tentang kemuliaan, rasa hormat, rasa saling percaya, keadilan, kebenaran, kemasyarakatan, mengingat Tuhan setiap hari, disiplin diri, penyikapan terhadap material dari sisi spiritual dan pengakuan bahawa kita adalah hamba yang harus mengabdi pada Tuhan," jelas Myatt.

Dia juga mempelajari tentang Nabi Muhammad s.a.w dan kehidupannya. Bagaimana Rasulullah menyebarkan agama Islam dan membentuk sebuah peradaban manusia, yang membuat Myatt merasa kagum. "Bagi saya, dia (Rasulullah) adalah manusia sempurna dan contoh sempurna yang harus kita tiru," ujar Myatt.

Dia melanjutkan, "Semakin banyak saya tahu tentang Islam, semakin banyak keraguan dan pertanyaan dalam diri saya yang terjawab selama hampir 13 tahun kebelakangan ini. Saya benar-benar merasa bahawa saya akhirnya 'pulang ke rumah', menemui jati diri saya. Rasanya seperti ketika saya pertama kali tiba di Mesir dan mengelilingi kota Kaherah (Cairo) dengan menara-menara masjid dan suara azannya."

Myatt merasakan bahawa hijrahnya ke agama Islam bukan sebuah pertanyaan lagi, tapi sebuah tugas yang harus dilakukan. Kerana saya telah menemui kebenaran bahawa Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad adalah utusanNya.

Myatt kemudian mendatangi sebuah masjid dan menyatakan ingin menjadi seorang Muslim pada tahun 1998. Dia diterima oleh jamaah masjid dengan hangat dan penuh rasa persaudaraan, yang membuatnya terharu dan menitiskan air mata. Dia bersyukur Allah s.w.t telah menunjukkannya jalan yang benar. (ln/iol)

[eramuslim.com , Wikipedia]




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.