Berita Terkini

Tips agar kanak-kanak suka membaca

Tips agar kanak-kanak suka membaca
Ibubapa mana yang tidak suka anaknya suka dan rajin membaca buku. Dan bagi yang beragama Islam pula, mesti mahukan anak agar suka dan pandai membaca AlQuran.

Untuk mengasah kemahuan tersebut, kanak-kanak perlukan contoh dari orang-tuanya di rumah. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka ibu-bapa sendiri yang mesti pandai mencari cara bagaimana untuk menjadikan anaknya suka dan rajin membaca.

Jangan semata-mata berserah pada takdir tanpa berusaha, kerana rezeki tidak akan datang bergolek tanpa berusaha, melainkan beberapa perkara tertentu sahaja, dengan izin Allah.  Begitu juga dengan anak, jangan mengharapkan dia sendiri yang minat dan rajin membaca, tapi kita sendiri sebagai ibubapa yang mesti mendidik dan mengajarnya.

Perlu kita tahu, bahawa mereka berasal dari tidak tahu apa-apa dan tidak faham tentang kehidupan. Maka tugas kita lah untuk memberikannya kefahaman agar nanti dia dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Berikut adalah cara-cara bagaimana untuk menjadikan anak anda cintakan buku, seterusnya suka dan rajin membaca insyaAllah.

1 - Sediakan buku @ kitab di rumah

Dengan adanya buku-buku di rumah, ia mengatakan pada si kecil bahawa membaca itu penting. Biarkan mereka alami sendiri kata-kata yang terdapat di halaman depan buku-buku tersebut.

Dengan itu, mereka akan lebih selesa dengan bentuk huruf dan kata. Memang, ini tidak menjamin si kecil boleh membaca lebih awal, tapi sekurangnya menjadikan kegiatan membaca selesa baginya.

2 - Atur waktu harian

Atur waktu harian untuk membaca bersama si kecil, bukan hanya membaca ketika mahu menidurkannya. Jadikan aktiviti ini sebahagian dari rutin hariannya. Ini dapat mengajar si kecil bahawa membaca adalah sebahagian dari hidup, bukan sesuatu yang aneh atau luar biasa.

Awasi kanak-kanak agar tidak terlebih menonton televisyen atau permainan-permainan lain yang boleh melalaikannya dari membaca.  Tetapi jangan sampai memaksa dia membaca, dan seluruh waktu menyuruhnya membaca.  Nanti dia akan merasa tertekan.  Maka bersederhanalah, dan ikut masa yang sesuai , asalkan ada proses pembacaan dalam sehari setakat yang termampu.

3 - Menjadi contoh

Kalau ingin mendidik si kecil menjadi pencinta buku, sebelum keadaan itu terjadi, anda sendiri yang harus memiliki kebiasaan itu terlebih dahulu. Membaca dengan rutin (sebelum waktu membaca bersama si kecil) berbagai jenis buku yang bermanfaat. Intinya, biarkan si kecil tahu bahawa anda menikmati kegiatan membaca.

Ajak pasangan anda untuk menerapkan hal yang serupa. Adalah penting bagi kanak-kanak untuk melihat ayahnya membaca dengan rutin, seperti ibunya. Biar mereka mengerti, bahawa membaca itu adalah satu pekerjaan yang sangat penting.

4 - Ajak si kecil ke perpustakaan tempatan

Perpustakaan tempatan adalah sumber yang sangat baik untuk mengalirkan kebiasaan membaca kepada si kecil. Kalau si kecil sudah boleh meminta anda untuk mengajaknya ke sana, maka segeralah. Libatkan pula si kecil pada berbagai kegiatan yang diadakan di perpustakaan tempatan, dan lebih banyak waktu berkunjung.

5 - Jadikan buku sebagai hadiah

Kesempatan memberi hadiah adalah cara yang sangat baik untuk menjadikan si kecil pencinta buku. Berikan buku dengan berbagai variasi cerita agar si kecil semakin mengenal dunianya dengan lebih kaya.

6 - Menyertai kelab membaca orangtua dan kanak-kanak

Banyak pusat komuniti, sekolah, dan perpustakaan yang memiliki kelab membaca untuk orangtua dan kanak-kanak. Biasanya, kegiatan ini melibatkan anak yang lebih tua.

Dengan menyertai kelab membaca, anda dapat saling berbincang isi buku dengannya atau dengan kelompok yang lebih luas. 

7 - Memuji anak anda kerana membaca

Berilah pujian padanya, kerana ia sebagai pendorong agar dia lebih bersemangat dan juga agar dia merasa selesa dan seronok. Yang penting, dia dapat melatih diri agar terus membaca dan membaca.

[Diolah dari SheKnows.com]

1 ulasan:

  1. Mohon share dengan pengguna www.bieshoppe.com.my TQ admin

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.