Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » » Solehah: Program realiti untuk mengembangkan pendakwah wanita

Bagus, dan semoga makin banyak lagi muncul rancangan-rancangan seperti ini, jika dibandingkan dengan rancangan-rancangan yang semata-mata hiburan tanpa batasan aurat dan seumpamanya seperti Akademi Fantasia, Mentor, Bintang Kecil dan seumpamanya.

Tetapi adalah diharap agar ianya diwujudkan semata-mata lebih kepada untuk berdakwah dan mengajak orang mendekati Agama Islam yang indah ini, dan bukannya untuk mengejar populariti dan seumpamanya. All the best, ma'assalamah! :)

Solehah adalah program realiti tv pertama stesen TV AlHijrah. Ujibakat mencari pesertanya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad, 18 & 19 Jun di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah bermula pukul 10 pagi - 6 petang.

KUALA LUMPUR, 18 Jun  -  Program realiti televisyen Islam yang bakal muncul di Malaysia - Solehah - menyasarkan misi mencari pendakwah terbaik di kalangan wanita dan mengubah fikiran konservatif mengenai peranan kaum ibu dalam masyarakat Muslim.

Program waktu pertama dengan 13 siri ini merupakan pertandingan bakat yang akan memaparkan wanita Muslim muda, yang akan diadili oleh imam berdasarkan pengetahuan agama mereka selain kemahiran berpemidato dan personaliti.

Meskipun Islam membenarkan kedua-dua lelaki dan wanita untuk berdakwah, bidang ini lazimnya didominasi oleh kaum lelaki di kebanyakan negara Muslim, sesuatu yang penerbit program di negara Asia Tenggara ini, yang majoriti penduduknya beragama Islam tetapi terdiri daripada pelbagai agama, ingin membawa perubahan.

“Jika American Idol boleh membantu pesertanya lahir sebagai penyanyi, program kami bertujuan membantu wanita Islam dibangunkan kemahiran mereka sebagai pendakwah Islam,” kata pengurus jenama sebuah stesen televisyen swasta, Zulkarnaen Mokhtar yang mahu menghasilkan program Solehah.

Program ini akan mula ke udara Oktober ini dan menyusul program Imam Muda yang kini masuk musim kedua.

Sebelum ini, stesen televisyen itu ada mengatakan bahawa pihaknya melihat ada kekurangan dalam program realiti TV yang khusus untuk wanita dan agama.

“Solehah menyasarkan untuk muncul program yang akan menyediakan pendidikan agama secara informal dengan mengakui peranan wanita dalam pembangunan Islam,” katanya.

Hari pertama sesi uji bakat dua hari program Solehah terbuka kepada wanita-wanita berusia 20 hingga 30 tahun dan berlangsung di ibu negara hari ini.

Ia menarik sekumpulan wanita yang mengenakan tudung yang berwarna-warni dengan ditemani ibu masing-masing.

Mereka diuji oleh satu panel pemilihan berhubung kemahiran termasuk memperdengarkan ayat-ayat al-Quran dan menyampaikan dakwah agama selama tiga berkaitan dengan tanggungjawab seorang Muslim dalam membantu mangsa mala petaka alam semula jadi.

Amie Sofia Ahmad, 25, seorang graduan pengajian al-Quran dari Mesir yang menyertai sesi uji bakat hari ini berkata, sesetengah Muslim konservatif tidak menyukai wanita Islam muncul dan mempromosikan diri mereka secara terbka menerusi program televisyen.

“Bagaimanapun kita tinggal dalam dunia moden dan televisyen boleh menjadi medium yang penting untuk menyebarkan agama, jadi mengapa mesti kita kekal di belakang,” katanya.

Hadiah kepada pemenang program ini belum ditetapkan. Hadiah bagi program Imam Muda ialah jawatan sebagai imam atau pemimpin masjid, sebuah kereta, hadiah wang tunai RM30,000 dan biasiswa selama empat tahun untuk belajar di Universiti Al-Madinah, Arab Saudi.

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)