Sotong Mimik @ Mimic Octopus (Thaumoctopus mimicus), adalah satu spesies sotong kurita yang mempunyai keupayaan untuk menyamar sebagai beberapa haiwan lain. Ia membesar sehingga 60 cm (2 kaki) panjang. Warna tubuh biasanya terdiri daripada jalur atau bintik-bintik coklat dan putih.
Ia tinggal di kawasan laut tropika Asia Tenggara, ia tidak ditemui secara rasmi sehingga tahun 1998, di luar pantai Sulawesi, Indonesia.
Antara haiwan yang boleh ditirunya sebagai penyamaran ialah ular laut, lionfish, ikan leper, brittle stars, ketam gergasi, kerang, ikan pari, flounder (sejenis ikan leper), obor-obor, sea anemone, dan udang mantis. Dan ada kajian yang mengatakan banyak lagi haiwan yang boleh ditirunya.
Ia berupaya melakukan penyamaran dengan mengubah bentuk badan dan tangan, dan berubah-ubah warna.
Walaupun semua sotong boleh menukar warna dan tekstur, dan banyak boleh menyamar di tanah laut, menyamar seperti batu, Mimic Octopus adalah spesis kurita pertama yang pernah diperhatikan boleh menyamar sebagai binatang-binatang lain.
Haiwan ini begitu bijak dimana ia dapat membuat keputusan untuk menyamar sebagai makhluk laut yang mana apabila berdepan dengan ancaman besar kepada kemungkinan pemangsanya. Sebagai contoh, saintis mendapati bahawa apabila kurita itu diserang oleh ikan damselfish, ia meniru ular laut berjalur, pemangsa yang dikenali adalah pemangsa damselfish.
Mimic Octopus sering dikeliru dengan Wunderpus photogenicus, satu lagi spesies yang ditemui terkemudian. Wunderpus boleh dibezakan dengan corak tanda putih yang kuat pada badannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)