Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

Pautan Luar

» » » Pelakon Irma Hasmie bertudung bukan kerana putus cinta

Foto kredit: malaysiandigest.com
pelakon irma hasmie bertudung
Alhamdulillah, bagus Irma Hasmie, teruskan dengan bertudung anda, sekurang-kurangnya anda sudah mengelakkan diri dari tercebur dengan satu dosa yang menggugat iman lelaki lain yang memandang anda. Dosa yang hukumannya akan dibakar kepala dengan rambut digantung nanti di Hari Kiamat.

Pedulikan dengan kata-kata mereka yang memberi respon negatif. Sepatutnya sebagai orang Islam, kami mesti beri anda sokongan dan galakan, bukannya cemuhan. Cuma diharapkan anda sendiri kena jaga tingkah laku sebaik mungkin selepas ini, dan maintain (istiqomah) untuk menutup aurat dengan betul dan makin baik lagi insyaAllah.

Berikut saya petik laporan oleh Harian Metro hari ini.

DUNGUN: “Ramai beranggapan saya bertudung kerana kecewa putus cinta malah tidak kurang menganggap ingin mendapat perhatian peminat tetapi sebenarnya penghijrahan ini tidak kena mengena dengan gosip berkenaan sebaliknya datang dari niat yang ikhlas dan hidayah,” kata pelakon dan pengacara terkenal, Irma Hasmie Ibrahim.

Ketika ditemui pada Majlis Perasmian Butik dan Duta D’Haja di Bangunan Arked Mara, di sini, semalam, Irma Hasmie berkata, dia sudah lali dengan pertanyaan banyak pihak serta tohmahan dilemparkan kepadanya dan menyifatkan setiap penghijrahan pasti mempunyai ujian atau dugaannya tersendiri.

“Saya tidak kisah dengan tohmahan segelintir pihak, paling penting perubahan ini dibuat dengan kerelaan sendiri dan berharap ia diterima Allah seterusnya menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Semua peristiwa yang pernah berlaku ke atas diri saya sebelum ini, gosip atau kisah percintaan biarlah ia berlalu dan tidak mahu lagi mengungkit atau bercerita mengenai kisah lama kerana ia juga mendorong kepada dosa iaitu mengumpat.

“Saya lebih suka berdiam diri daripada bercerita mengenai orang lain serta memberi sepenuh perhatian kepada kerja dan tanggungjawab,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan kononnya, rezeki pelakon itu semakin sempit sejak bertudung, Irma Hasmie berkata, dia tidak setuju dengan kenyataan itu kerana perubahan imejnya langsung tidak menjejaskan tawaran berlakon atau bidang pengacaraan sebaliknya semakin dihujani dengan pelbagai tawaran.

“Bukan saya seorang saja yang berhijrah daripada tidak bertudung kepada bertudung sebaliknya ramai artis berbuat demikian dan terbaru Raja Farah juga turut memilih untuk bertudung.

“Ia secara terang-terangan membuktikan bertudung tidak menyebabkan seorang artis kehilangan ‘job’ atau peluang dalam lakonan tetapi mereka akan menjayakan watak yang bersesuaian dengan imej muslimah pada masa akan datang.

“Perubahan ini juga sebenarnya tanggungjawab seorang artis kerana mereka sering dijadikan ikon atau idola remaja, justeru penghijrahan seseorang artis itu bukan saja untuk kebaikan dirinya malah sebagai dakwah kepada orang ramai,” katanya.

Menurutnya, selain dilantik sebagai duta tudung D’Haja, beliau kini terbabit sebagai pengacara rancangan Assalamualaikum di TV Al Hijrah setiap Sabtu dan Ahad selain menjalani penggambaran telefilem Psikik arahan Wan Hasliza dan drama bersiri lakonannya Kasih Alia akan menemui penonton di slot Akasia TV3 sepanjang Ramadan ini.


«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)