Seorang doktor Australia berkata, satu pasangan yanng berumur 52 dan 50 tahun di Victoria dipercayai yang pertama di negara itu dijangkiti dengan spesis cacing parasit yang mempunyai gigi.
Dr Andrew Fuller dari hospital Alfred di Prahran berkata pasangan itu dipercayai telah menelan larva gnathostomiasis apabila mereka menangkap dan makan ikan, kemungkinan Kerisi hitam (black bream), semasa dalam perkhemahan di tepi sungai Calder, barat Australia, Melbourne Herald Sun melaporkan pada hari Rabu.
Fuller berkata cacing halus yang mempunyai gigi itu membolehkan mereka "pergi ke mana-mana yang mereka suka di dalam badan."
"Mereka bergerak di bawah kulit dan menyebabkan butir gatal yang boleh membuat anda berasa sakit dan ia sangat sukar untuk didiagnosis," kata doktor.
Beliau berkata gejala jangkitan termasuklah demam, sakit otot, muntah dan kegatalan kulit yang menyerupai kulit oren.
Cacing tersebut boleh hidup di dalam tubuh manusia selama 15 tahun. Ia berukuran 1 - 3 mm.
Cacing ini biasanya berada di dalam tubuh ikan air tawar, ular, katak, babi dan ayam yang dimakan mentah mahupun dimasak tetapi tidak matang. Cacing ini banyak terdapat di Asia Tenggara dan Jepun.

Fuller berkata pasangan itu pulih selepas menerima ubat antibiotik. Beliau berkata beliau telah merawat keadaan sebegitu sebelum ini, tetapi pasangan itu dipercayai yang pertama dijangkiti cacing itu di Australia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)