Saintis telah menemui sebuah landskap kuno yang tenggelam suatu ketika dulu di Lautan Atlantik Utara.
Para penyelidik mendapati rupa bumi itu boleh dikaitkan dengan mitos kota hilang Atlantis, dengan menganalisis data yang dikumpul untuk syarikat-syarikat minyak yang menggunakan teknik bunyi-gema yang maju.
Landskap yang dalamnya 1.2 batu di dasar laut itu terletak di barat Kepulauan Orkney-Shetland Atlantik Utara dan mempunyai puncak yang pernah dipunyai oleh gunung dan lapan sungai utama.
Kajian tersebut diterbitkan dalam Jurnal Nature Geoscience.
Yang menjadi masalahnya, bagaimana mereka boleh katakan landskap itu sudah berusia 56 juta tahun? Sedangkan sejarah manusia bermula dari Nabi Adam a.s baru saja 6 ribu tahun lebih yang lalu. Dan sebelum itu tiada manusia lagi yang hidup dan boleh menjadi saksi.
Teori jutaan tahun ini adalah satu teori yang langsung tidak masuk akal. Sama lah dengan propaganda yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya terhadap Dinasour, Alien, Manusia dari beruk dan sebagainya. Dalam tajuk di atas, perkara ini berkaitan dengan benua Atlantis.
Propaganda-propaganda itu kebanyakannya dicetuskan untuk menunjukkan betapa mereka ini hebat, lebih maju dari orang lain. Kemudian boleh dibisnes kan (dengan pembuatan filem, dokumentari, drama TV , produk-produk, dan sebagainya). Boleh mengalih tumpuan dunia kepada perkara-perkara yang tidak wujud, agar masyarakat dunia tidak nampak perkara sebenar atau agenda mereka untuk menguasai dunia.
Dan banyak lagi sebenarnya tujuan propaganda-propaganda itu diadakan yang nampaknya sudah lari dari tajuk di atas untuk diterangkan lagi di sini. :)
Nak kan publisiti agak nya.
BalasPadam