Edisi terhad kanta sentuh @ contact lense yang berkilauan ini berharga $15,000 dolar dan dikatakan penuh dengan emas dan berlian memberikan mata kesan memoncar. Kanta ini dikonsepkan oleh Dr Chandrashekhar Chawan dan direka oleh Sanjay Shah di India.
Diselaputi dengan 18 berlian di atas plat emas, kanta ini boleh disesuaikan mengikut keperluan. Plat emas yang digunakan dalam kanta akan diletakkan 6-9 mm jarak dari kornea, dan juga memegang air untuk memberi mata kesan menenangkan. Jumlah beratnya hanya 5g.
Kanta sentuh boleh dipakai oleh kedua-dua lelaki dan wanita. Walaupun ia akan disukai oleh wanita kerana banyak sebab.
Hanya 3,996 pasang akan dikeluarkan kerana ini adalah edisi khas untuk orang-orang yang mampu di sekitar $15,000 dolar bagi sepasang kanta berkilauan ini.
[Mumbai Mirror]
Tak ke cari penyakit kalau pakai kanta sentuh begini, dah lah mahal, hhmmmmmmm .......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)