Berita Terkini

Efek khas kepala Chris Evans dalam filem Captain America

Steve Rogers dalam filem Captain America
Filem Captain America adalah filem Hollywood yang baru keluar. Tetapi bukan tentang filem Captain America yang saya mahu cakapkan di sini, tetapi hanya mahu tumpu kepada satu kesan khas (special effect) di dalam filem tersebut, iaitu kepala Chris Evans dicantumkan pada tubuh lelaki kecil (tubuh itu kalau tidak silap saya adalah CGI).

Chris Evans adalah seorang pelakon yang memiliki tubuh yang sasa dan berketul-ketul. Tetapi dalam filem tersebut, sebelum watak yang dilakonkannya iaitu Steve Rogers menjadi Captain America, tubuhnya sangat kecil dan kurus. Saya pun pada asalnya tidak sangka yang orang itu adalah Chris. Saya ingatkan orang lain yang hampir sama muka dengannya.

Ini bermakna, teknologi untuk menukar kepala orang lain dengan tubuh orang lain dalam sebuah video itu ada, dan kelihatannya sangat berkesan sekali.

Apa lagi jika suatu video itu boleh dikerat-kerat. Boleh lagi ditambah dengan penggunaan teknologi topeng dan rambut palsu, macam-macam boleh bikin.

Jika sekiranya teknologi di atas boleh diupah untuk membuatnya, nescaya tidak mustahillah akan berlaku bermacam perangkap di masa depan, terutamanya di negara Amerika Syarikat sana. Gambar sudah boleh dimanipulasi, sekarang ini video pun lebih kurang sudah dikuasai juga untuk dimanipulasi.

Buat kesan khas untuk filem yang mempunyai gambar berkualiti tinggi lagi kan boleh, apa lagi untuk dibuat dalam video yang berkualiti rendah, lagi lah jauh lebih mudah kerana tidak perlu tekankan kualiti sangat. Hhmmmmm, hanya sekadar fikir-fikir .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.