Berita Terkini

Tanda Cinta Allah Terhadap Hamba-Nya - Dr Wahbah

Prof Dr Wahbah az-Zuhaili
Ramai orang mengaku dicintai dan mencintai Allah, tanpa menyedari kalau sesungguhnya Allah tidak suka, bahkan murka padanya; iaitu orang yang sering bermalas-malasan dan lalai melaksanakan kewajibannya kepada Allah. Hakikat mudah untuk meraih cinta Allah adalah melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Ibarat seseorang yang mencintai lawan jenis, dia perlu menunjukkan cintanya dengan bergegas dan terbukti nyata yang masuk akal. 

Kekeliruan dalam memaknai cinta dan mencintai Allah adalah seperti kaum kafir sesat yang menempuh jalan salah. Untuk meluruskannya tidaklah sukar.

Allah S.w.t telah memberitahu dalam Al-Quran, "Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.  Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak." [Surah al-Kahfi : ayat 103 - 105]

Cinta Hamba kepada Tuhannya dan cinta Allah terhadap hambaNya mensyaratkan ketundukan (Tawajuh) hati manusia dan seluruh peranti fizikalnya pada segala sesuatu yang diredhai Tuhannya. Allah SWT berfirman;

"Diantara manusia ada yang menjadikan tandingan-tandingan dari selain Allah. Mereka mencintai tandingan-tandingan itu seperti mencintai Allah. Adapun orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah  dan teramat kuat." [Surah Al-Baqarah : 165]

Firman Allah SWT : "Katakanlah (Muhammad), Jika kalian benar-benar mencintai Allah , ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian. Dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang." [Surah Aali Imran : 31]

"Wahai orang-orang beriman barang siapa diantara kalian murtad (keluar) dari agamanya maka akan Allah datangkan kaum yang dia cintai dan mencintai dia. Mereka bersikap lembut terhadap orang-orang mukmin dan tegas terhadap kaum kafir. Mereka berjuang di jalan Allah dan tidak takut pada celaan pencela. Itulah kurnia Allah, diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnianya lagi Maha Mengetahui .." [Surah Al-Maidah : 54]

Allah mencintai mereka dengan memberi pahala dan pertolongan (taufiq). Mereka mencintai Allah dengan beriman dan taat. Tanda cinta Ilahi ialah sikap tawadhu' (rendah hati) di antara kaum mukmin, berjuang di jalan Allah dan berani dalam (menegakkan) kebenaran.

Menjelaskan dengan elemen-elemen cinta hamba terhadap Tuhannya, dan cinta Allah terhadap hambaNya, Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia menuturkan bahawa Rasulullah S.a.w bersabda; 

“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman (dalam Hadis Qudsi): “Barangsiapa yang memusuhi kekasihKu, maka Aku memberitahukan padanya bahawa ia akan Kuperangi (Kumusuhi). Tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan sesuatu yang amat Kucintai lebih daripada apabila dia melakukan apa-apa yang telah Kuwajibkan padanya. Tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan melakukan hal-hal yang sunnah, sehingga akhirnya Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya, maka Akulah telinganya yang dia pakai untuk mendengarkan, Akulah matanya yang dia pakai untuk melihat, Akulah tangannya yang dia pakai untuk mengambil dan Aku pulalah kakinya yang dia pakai untuk berjalan. Jikalau dia meminta sesuatu padaKu, pasti Kuberi dan jikalau dia mohon perlindungan padaKu, pasti Kulindungi.” [Riwayat Imam Bukhari]

"Aku jadi telinga, mata dan seterusnya .." Bermakna bahawa Allah akan menjaga seluruh indera dan organ tubuhnya dari berfungsi diluar kerangka ketaatan. Ini merupakan kiasan akan pertolongan Allah terhadap hamba yang mencintaiNya. 

Di antara buah cinta Allah SWT terhadap hambaNya wujud melalui cinta Jibril serta penghuni langit dan penduduk bumi kepadanya. Dan murka Allah terhadap hambaNya wujud melalui kenyataan benci para penduduk langit dan bumi kepadanya.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra, dari Nabi Saw, baginda bersabda, "Apabila Allah SWT mencintai Fulan: cintailah dia! Maka penghuni langit pun mencintainya. Kemudian dicipta penerimaan (cinta) untuknya di bumi."

Dalam riwayat Muslim disebutkan (melengkapi makna sebaliknya) "... Apabila Allah membenci seorang hamba, diserukan kepada Jibril bahawa Allah membenci Fulan;" Bencilah dia '. Maka Jibril membencinya dan menyeru kepada penghuni langit bahawa Allah membenci Fulan, "bencilah dia." Kemudian dicipta kebencian kepadanya di bumi.

Orang yang dicintai konsisten pada kebaikan iaitu mentaati Allah secara utuh. Dan yang dibenci adalah orang yang fasiq, iaitu orang yang bergelumang dengan maksiat. Maka orang yang dicintai Allah, Jibril, para malaikat dan manusia, bahagia di dunia dan akhirat. Dan orang yang dibenci akan sengsara. 

Termasuk tanda cinta Allah terhadap hambaNya; Disebutkan dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah S.A.W menghantar seseorang untuk memimpin pasukan ke medan perang. Orang itu selalu membaca untuk kawan-kawannya dalam solat mereka dengan baca "Qul Huwallahu Ahad" .. sebagai penutup. Setelah kembali, hal itu disampaikan kepada Rasulullah S.a.w, "tanyakan kepadanya," Kata baginda, mengapa dia melakukan itu? Setelah ditanyakan maka orang itu menjawab, "kerana merupakan sifat Allah Yang Maha Penyayang, aku senang sekali membacanya." Rasulullah S.a.w bersabda, "Sampaikan kepadanya bahawa Allah mencintainya." ..

[Prof Dr. Wahbah az-Zuhaili / Era Muslim]

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (53) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (333) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.