Berita Terkini

Abdullah ibnu Zubair, keberaniannya memancung kepala pemimpin tentera Rom

Abdullah ibnu Zubair
Pengenalan

Nama beliau ialah Abdullah ibnu Zubair ibnu Al-'Awwam ibnu Khuwailid ibnu Asad ibnu 'Abdul 'Uzza ibnu Qushai Al-Asadi.

Ayahnya Zubair ibnu 'Awwam r.a ialah anak saudara kepada isteri pertama Nabi S.a.w iaitu Sayyidatina Khadijah binti Khuwailid r.a.

Ayahnya merupakan salah seorang di antara sepuluh sahabat Rasulullah S.a.w yang dijamin masuk syurga. Ibunya pula bernama Asma' binti Abu Bakr As-Siddiq r.a dan ibu di sebelah ayahnya iaitu nenek beliau bernama Sofiah, merupakan ibu saudara kepada Rasulullah S.a.w. [1]

Beliaulah anak lelaki yang mula-mula dilahirkan dalam kalangan kaum Muhajirin selepas Hijrah. Orang-orang Islam sangat gembira dengan kelahirannya kerana selama setahun berlalu tiada satu kelahiran bayi pun berlaku dalam kalangan kaum Muhajirin. Orang-orang Yahudi berkata, "Kami telah mengenakan sihir kepada orang-orang Muhajirin. Mereka tidak akan mendapat anak lelaki lagi." [2]

Sabda Rasulullah S.a.w; "Wahai Aisyah, aku tidak menyangka bahawa Asma' telah melahirkan, oleh kerana itu, janganlah dia diberi nama lagi sehingga aku sendiri yang akan menamakannya." Maka baginda menamakannya Abdullah dan mentahniknya (mengolesi mulut bayi dengan manisan atau kurma) dengan sebiji kurma yang ada di tangannya. Abu Isa berkata, ini adalah Hadits Hasan Gharib. [3]

Rasulullah S.a.w biasanya tidak menerima bai'ah daripada kanak-kanak, tetapi Abdullah ibnu Zubair r.a telah berbai'ah ketika umurnya 7 tahun. Dalam peperangan ini, umurnya baru 24 atau 25 tahun. Untuk mengelakkan diri daripada 200 ribu tentera lalu memancung kepala raja dan membawa balik kepala itu ke khemah dalam umur yang sebegitu muda bukanlah satu perkara yang kecil.

Perang melawan tentera Rom

Semasa pemerintahan Sayyidina Utsman ibnu 'Affan r.a, pada tahun 26 Hijrah beliau telah melantik Abdullah ibnu Abi Sarh r.a sebagai Gabenor Mesir menggantikan 'Amr ibnu 'Aas r.a. Abdullah r.a telah keluar bersama 20 ribu orang tentera untuk memerangi tentera Rom. Tentera Rom pula berjumlah hampir 200 ribu orang. Peperangan telah berlaku dengan sengitnya.

Ketua tentera Rom iaitu Jarjir telah mengisytiharkan, "Sesiapa yang dapat membunuh Abdullah ibnu Abi Sarh akan dikahwinkan dengan anak perempuanku dan akan diberikan seratus ribu dinar sebagai hadiah."  Orang-orang Islam telah risau dengan pengisytiharan tersebut. Apabila Abdullah ibnu Zubair r.a mengetahui perkara tersebut, beliau berkata, "Perkara ini bukanlah suatu yang patut dirisaukan. Kita pun boleh membuat pengisytiharan bahawa sesiapa yang membunuh Jarjir akan dikahwinkan dengan anak perempuannya, seratus ribu dinar akan diberikan sebagai hadiah dan tambahan lagi dia akan dijadikan amir di bandar-bandar itu."

Ringkasnya, pertempuran telah berlaku buat sekian lama, Abdullah ibnu Zubair r.a telah nampak Jarjir berada di belakang semua tenteranya dan tentera penuh sesak di hadapannya. Dia duduk dipayungi dengan payung daripada bulu burung merak bersama dua orang hamba sahaya perempuan. Ketika orang ramai dalam kelalaian, Abdullah ibnu Zubair r.a telah mengasingkan diri daripada tentera yang ramai lalu pergi seorang diri untuk menyerangnya. Jarjir menyangka bahawa orang tersebut datang seorang diri kerana membawa utusan perdamaian. Sebaliknya Abdullah ibnu Zubair r.a terus menuju ke arah Jarjir lalu menyerangnya. Beliau telah memancung kepala Jarjir dengan pedang lalu mengangkatnya dengan hujung tombak dan dibawa balik ke khemahnya. Semua orang tercengang melihatnya. [4]

Selain seorang jaguh perang, Abdullah juga seorang abid (ahli ibadah) yang khusyu 'dan tawadhu'. Mujahid pernah memberikan kesaksian bahawa apabila Ibnu Zubair sedang solat, tubuhnya seperti batang pokok yang tidak berganjak kerana khusyu'nya menghadap Ilahi.

Bahkan Yahya bin Wahab juga bercerita bahawa apabila Abdullah ibnu Zubair sedang sujud, banyak burung-burung kecil yang bertenggek di belakangnya. Tokoh yang tegas dalam kebenaran ini wafat pada usia 72 tahun. [5]


Rujukan:

1 - Imam as-Suyuti - Tarikh Al- Khulafa.
2 - Syeikh Muhammad Zakariyya al-Kandhlawi - Fadhaa-il al-'Amal, Bab 11.
3 - HR at-Turmudzi, No.3762.
4 - Syeikh Muhammad Zakariyya al-Kandhlawi - Fadhaa-il al-'Amal, Bab 11.
5 - Hepi Andi - 101 Sahabat Nabi

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.