Pakar-pakar bedah Jerman telah melakukan transformasi yang luar biasa pada pesakit berumur 21 tahun, selepas mengeluarkan ketumbuhan seberat 14 paun dari mulutnya.
Wanita 21 tahun yang dilahirkan di Habsyah, yang hanya dikenali sebagai Tsehay, begitu cacat oleh ketumbuhan @ tumor 10 inci lebar yang hampir membuatkannya tidak boleh makan atau menelan air.
Ketua pakar bedah Peter Cornelius dari Bamberg, Jerman, menjelaskan, "Pembedahan untuk mengeluarkan tumor itu mengambil masa tiga jam. Ia adalah rumit kerana terlalu banyak bahagian muka bawah yang cacat olehnya. Hanya selepas itu kita dapat membina semula mukanya."
Wanita muda itu berkata beliau gembira dengan keputusan itu, "Mereka bukan sahaja menyelamatkan nyawa saya, mereka telah memberi kepada saya masa depan juga."
[Austrian Times]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)