Martin Aeronautics Company di New Zealand telah membangunkan kenderaan penerbangan peribadi iaitu Jetpack.
Penerbangan pertama Jetpack dilakukan melalui Canterbury Plains dengan remote control ke atas patung yang dipasang padanya. Kenderaan itu terbang sehingga ketinggian 5,000 kaki, turun ke 2,000 kaki dan kemudian mendarat perlahan ke tanah dengan bantuan payung terjun.
Jetpack boleh terbang selama 30 minit dengan tangki bahan bakar minyak dengan kelajuan 95 batu per jam. 1.5 meter panjang dan 1.6 meter lebar, pilot jetpack mesti mempunyai berat kurang dari 130 kilogram. Jika seseorang ingin menggunakan Jetpack, harus ada lesen dan mengikuti kursus terbang.
Martin telah menghabiskan masa selama 30 tahun dan $12 juta dollar untuk membangunkan Jetpack.
Pencipta Jetpack, Glenn Martin berkata, "Ujian yang berjaya ini akan membawa masa depan selangkah lebih dekat lagi."
Pelanggan awal Martin Jetpack dijangkakan dari sektor ketenteraan dan respon kecemasan di seluruh dunia.
Dari imaginasi menjadi realiti
Kebiasaannya, apa yang orang-orang barat termasuklah keturunan British di Australia dan New Zealand kemukakan dalam filem-filem atau cerita-cerita kartun mereka, akan direalisasikan pada kemudian hari.
Contoh seperti Jetpack di atas, yang mana sebelum ini keluar konsep sebegini dalam cerita-cerita seperti James Bond, The Rocketeer dan tidak ketinggalan dalam games Red Alert 2 : Command and Conquer pun ada diselitkan watak Rocketeer.
Thunderball - filem James Bond tahun 1965 , dimana Sean Connery sebagai James Bond. Jetpack yang digunakan oleh Sean Connery dalam filem ini dipanggil Bell Rocket Belt.
The Rocketeer - filem yang dikeluarkan pada tahun 1991.
Rocketeers dalam games Red Alert 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)