Seorang lelaki Russia mati setelah cuba menguburkan dirinya hidup-hidup di sebuah taman milik kawannya, kononnya untuk melakukan ujian ketahanan diri di bandar timur Blagoveshchensk.
Malangnya ujian itu mengalami kesilapan teknikal yang menyebabkannya mati terkambus.
Menurut kawannya, lelaki yang berusia 35 tahun itu mendesak kawannya supaya cuba menanam beliau pada waktu malam.
Kedua-dua orang lelaki itu menggali lubang di taman dan memasukkannya ke dalam sebuah keranda dengan lubang untuk paip udara. Lelaki itu juga mengambil selimut, sebotol air dan sebuah telefon mobil.
Kawan mangsa menutup lubang itu dengan papan dan tanah pada kedalaman sekitar 20cm, kemudian pulang ke rumahnya setelah menerima panggilan telefon dari mangsa yang mengatakan dia dalam keadaan baik.
Pagi esoknya, lelaki yang ditanam itu didapati sudah mati. Kemungkinan hujan pada malam itu telah menyebabkan saluran udara ke dalam keranda itu tersekat.
[New.com.au]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)