Berita Terkini

Utusan Malaysia ke Utusan UMNO?

Sepatutnya akhbar Utusan Malaysia tidak boleh dinamakan sebagai Utusan Malaysia, sebaliknya nama yang cantik molek buat dirinya ialah Utusan UMNO. Memandangkan sudah sekian lama akhbar itu menjadi salah satu jentera UMNO dan Barisan Nasional untuk berpolitik.

PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) pula menyeru agar sama-sama mempertahankan akhbar Utusan Malaysia sebagai kononnya akhbar orang Melayu. Apa point di situ sebenarnya? PERKASA nak apa sebenarnya ni? :)

Dijawab pula oleh PAS bahawa mereka tidak akan menyahut seruan PERKASA itu. “Tepatnya akhbar ini ialah Utusan Umno, bukan mewakili suara orang Melayu,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya lagi, pemberitaan yang dilaporkan lebih kepada provokatif dan fitnah. Itu sudah terang lagi bersuluh. Sepatutnya UMNO tidak malu mengakuinya, kerana rasanya PAS pun tidak akan malu untuk mengakui bahawa Harakah itu adalah akhbar PAS. So be fair la :)

Apakah nanti Datuk Ibrahim Ali dan PERKASA akan menyeru pula agar sama-sama mempertahankan RTM, TV3 dan sewaktu dengannya sebagai TV orang Melayu?

Di sini saya mahu menyeru PERKASA pula, marilah sama-sama kita berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan kembali HUKUM @ Undang-undang Islam! Tidak akan sudah nya kita berjuang kerana Melayu Melayu! Berapa kerat sangat Melayu di atas muka bumi ini? Jika melayu diserang, tidak akan ada orang lain yang akan bantu kita jika kita hanya berjuang atas dasar Melayu.

Berjuang lah atas dasar Islam, kerana Islam untuk semua tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Singaporean, Pinoi, Bangla, Indon, omputih dan sebagainya. Bersatulah atas nama Islam kerana Islam adalah menyeluruh.  Sampai bila nak agungkan sangat Melayu-Melayu ni? AlQuran dan AlHadith suruh ke?  Cuba berikan dalil pada saya.

Wahai PERKASA, baca lah hadith ini dan fahami baik-baik, jangan letak di penjuru-penjuru dinding sahaja.

".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah

Dah kalau Nabi Muhammad S.a.w dah beritahu begitu, macam mana mahu bersatu jika Undang-undang Allah kita tidak tegakkan? Gunalah akal fikiran yang Allah anugerahkan ini baik-baik. Sedar-sedar lah, bangun bangun!  Open your mind!  :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.