Berita Terkini

Salih Yaakob ingin tambah satu lagi isteri agar cukup kuota

Alhamdulillah, selama ini abang artis Salih Yaakob kita dapat hidup bahagia dengan ketiga-tiga isterinya. Dan kini dia dalam perancangan untuk menambah seorang lagi, yang bakal menjadi isteri ke 4 nya insyaAllah tidak lama lagi.

Biar lah jika ada orang nak mengata apa pun wahai abang Salih, asalkan deme buat perkara yang confirm HALAL dan berlaku ADIL ke atas isteri-isteri deme. Dan semoga deme dapat jadi contoh kepada masyarakat Islam dan bukan Islam, bahawa berpoligami itu sebenarnya ada juga baiknya dan dapat hidup bahagia juga.

Ini kerana Rasulullah S.a.w pun berpoligami dan dapat hidup bahagia. Ditambah lagi poligaminya nabi mulia kita itu kerana untuk membantu golongan janda yang hidup susah. Dan untuk mengembangkan Islam agama tercinta sehingga sanggup berkorban dan bersusah payah.  Hanya kemudian muncul propaganda dari barat yang menuduh nabi Muhammad S.a.w yang bukan-bukan dan memburuk-burukkan poligami. Dan masyarakat Islam sendiri pun ada yang terpengaruh, ih ih ih ih ih.

Dan poligami bukan sahaja telah dibuktikan oleh orang Islam, malah ada orang Kristian yang hidup bahagia dengan poligami, seperti yang ada berlaku di Amerika Syarikat sekarang.

Jika ada mulut-mulut sumbang dari masyarakat yang mengutuk atau perli, itu sebenarnya datang dari hasad dengki dan busuk hati mereka sahaja. Mengapa perkara HALAL perlu dikutuk dan diperli? Sedangkan banyak perkara HARAM di luar sana anda biarkan dan tidak ambil peduli?  Dan ada siapa-siapa yang akan susah dan merana ke hidup dia jika Salleh Yaakob kahwin 4?  

Dalam Harian Metro hari ini ada memaparkan berita tentang Salih Yaakob, 50, dengan bakal isteri barunya iaitu Emi, 24. Sedikit petikan darinya di bawah ini;

Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.

Emi berkata, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami, sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga.

“Rupa paras perkara kedua bagi saya, lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu ada pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.  [Harian Metro]


Maka selamat mendirikan masjid lah saya ucapkan kepada Salih Yaakob dan Emi. Semoga kamu semua akan berbahagia bersama keluarga yang lain buat selamanya, amin.

Poligami, jangan tak poligami! Asalkan berlaku adil sudah, jika tidak ianya dilarang oleh Allah S.w.t dan Allah tidak suka orang-orang yang zalim.

“Maka nikahilah wanita-wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat, tetapi jika kamu takut tidak berlaku adil, maka seorang sajalah.” (Surah An-Nisaa’ : Ayat 3)

Jangan fikirkan ayat di depan yang membolehkan nikah 2, 3 dan 4 sahaja, tetapi fikirkan juga ayat di belakang, iaitu jika tidak dapat berlaku adil, maka seorang sahaja. Itu yang kita mesti ingat baik-baik. Suami-suami pun tidak boleh mengambil mudah dengan fikir nak nikah lebih sahaja tetapi keadilan tidak dititik-beratkan.

“....... Neraka Wil (kecelakaan dan kebinasaan) adalah bagi orang-orang yang zalim dengan azab siksa yang tidak terperi pada hari Kiamat." (Surah Az-Zukhruf : ayat 65)


* Update : 31 Mei 2011

Salih Yaakob sudah kahwin dengan isteri keempat , iaitu Samihah Syeikh Ali





1 ulasan:

  1. Lahai Abang Salleh. Apa rahsia anda?

    SY>>> I'll follow....

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.