Berita Terkini

Contoh keluarga poligami bahagia di Amerika Syarikat

Ada fahaman Kristian di Amerika Syarikat yang digelar Mormon yang bagi mereka Poligami adalah dibolehkan. Di dalam video di bawah adalah satu contoh keluarga yang berpoligami di AS dan hidup bahagia. Malah mungkin lebih bahagia dari orang yang kahwin seorang.








Dalam siri terbaru Sister Wives, madu yang paling muda iaitu Robyn mengatakan bahawa poligami itu adalah 'Parti wanita'.

Di dalam ajaran asal Nabi Isa a.s / Yesus pun, beliau tidak melarang poligami, walaupun ada juga orang-orang yang berpoligami pada masanya. Kerana poligami juga dibenarkan dalam Alkitab Bible, iaitu dalam Perjanjian Lama. Dan dalam Perjanjian Baru pun tiada disebut larangan Poligami oleh Yesus.

Tetapi poligami dilarang dalam Kristian kemudiannya oleh kerajaan Rom. Father Hillman (seorang mubaligh Kristian Katolik Afrika , kelahiran Massachusetts, AS) mengatakan dalam bukunya 'Polygamy reconsidered' bahawa gereja di Rom melarang poligami supaya selari dengan budaya Greco-Rom (yang membenarkan hanya seorang isteri tetapi membenarkan gundik dan pelacuran).

Gereja-gereja dan orang-orang Kristian di Afrika seringkali mengingatkan saudara-saudara mereka di Eropah bahawa larangan poligami oleh pihak gereja adalah budaya tradisi dan bukannya peraturan Kristian yang sah.

"Poligami dengan demikian menyediakan satu-satunya harapan perkahwinan bagi ramai perempuan. "Dalam konteks sosio ekonomi," kata Hillman lagi dalam akhbar Time bertarikh 10 Mei 1968.

Di dalam Islam dibenarkan lelaki berkahwin hingga 4 orang. Tetapi sebaliknya wanita hanya dihadkan kepada seorang sahaja. Ini bukannya tidak adil, tetapi ini adalah hikmah / kebijaksanaan. Segala-gala yang ditetapkan oleh Allah S.w.t ada hikmahnya yang tersendiri.

Berpoligami adalah dibenarkan bagi seorang lelaki, asalkan dia dapat berlaku adil. Jika tidak, Allah sendiri telah melarang lelaki berpoligami sekiranya takut tidak dapat berlaku adil.

"Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga atau empat, kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki, yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya." [Surah An-Nisaa' : Ayat 3]

Antara yang jelas dan nyata nampak kebaikan dibenarkan lelaki berkahwin sampai 4 ialah;

- Lelaki telah ditakdirkan sesuai sebagai pemimpin / ketua, dan wanita menjadi penasihat. Maka adalah sesuai seorang ketua hanya seorang dan penasihat lebih dari satu. Bahkan buruk padahnya jika penasihat hanya satu dan ketua yang ramai.

Wanita dengan nafsunya yang jauh lebih banyak dari akal sememangnya tidak sesuai menjadi ketua, kerana itulah ditakdirkan lelaki yang paling sesuai menjadi ketua.

Dalam rumahtangga Islam pun, lelaki yang bertanggung jawab pada isterinya, jika isterinya melakukan dosa dan suami tidak larang, maka dosa itu ditanggung oleh suaminya juga, sedangkan isteri tidak perlu menanggung dosa suami walaupun dia tidak melarang suami melakukan dosa dan seumpamanya.

- Bilangan wanita yang lebih ramai dari lelaki. Bermakna ada juga peluang bagi wanita-wanita yang terlebih kuota itu untuk berkahwin. Jika poligami tidak dibenarkan, maka tidak ada peluang langsung lah mereka.

- Membantu kaum janda yang kesempitan hidup ataupun perlu penjagaan. Ini seperti yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad S.a.w ke atas ramai janda yang sudah berusia lanjut. Mereka perlukan pembelaan dan penjagaan, lebih-lebih lagi yang sudah kehilangan keluarga dan hidup sebatang kara.

Seorang lelaki biasanya lebih kental untuk hidup seorang diri, tetapi bayangkan bagaimana jika seorang wanita hidup seorang diri? Tinggal dalam rumah sorang-sorang diri dengan risiko penyamun, perogol dan sebagainya.

- Isteri-isteri jika tinggal serumah boleh tolong-menolong antara satu sama lain untuk membuat kerja-kerja rumah. Ini lebih meringankan tugas dan tidak perlu lagi merungut penat dan boleh bersiap sedia untuk suami dalam keadaan segar jika suami meminta untuk ahem ahem!

Selain boleh bekerjasama dalam melakukan kerja-kerja rumah, atau kerja-kerja lain dalam mencari rezeki, juga boleh membantu menyelesaikan masalah peribadi dan jiwa masing-masing. Juga boleh membantu dalam mendidik anak-anak, asalkan masing-masing mesti mencari ilmu mendidik sebaik mungkin , lebih-lebih lagi ilmu Agama Islam.

“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti dia telah diberikan kebaikan yang banyak”. [Surah Al-Baqarah : Ayat 269]

Nabi Muhammad S.a.w bersabda maksudnya, "Barangsiapa menginginkan dunia, maka dia mesti ada ilmu, dan barangsiapa yang inginkan akhirat maka dia mesti ada ilmu dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, maka mesti ada ilmu." [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Dan banyak lagi kebaikan sebenarnya ....... Sedangkan banyak mulut-mulut yang kononnya moden sekarang ini mengatakan bahawa Poligami tidak akan membahagiakan rumahtangga. Sebelum itu kita tanya dulu, adakah rumahtangga orang yang kahwin seorang itu semuanya bahagia?  Dan jika sesebuah keluarga yang berpoligami itu bahagia, kenapa orang lain pula yang susah dan benci pada mereka yang berpoligami? Yang penting hukum telah diikuti dengan betul :) .......


Rujukan:

1 - AlQuran
2 - AlHadith
3 - Time
4 - TLC
5 - An African perspective on polygamy in the united methodist church: Case study of North Katanga annual conference in the D.R Congo

2 ulasan:

  1. Salaamun 'alaikum wbt. Penulis kita ni pro poligami yer??? Hehehe.. No comments dari saya pasal ni lah. ;))

    Allah lebih mengetahui mana yang terbaik untuk kita dan DIA jua lah yang menentukan perjalanan hidup kita.

    BalasPadam
  2. Pro tu sudah mesti kerana ianya suatu yang HALAL. Tetapi tidak semestinya saya juga mahu berpoligami kerana tanggungjawab nya sungguh besar dan bukan calang2 orang mampu tanggung huhu.

    Cuma saya nak tambah sikit lagi, Rasulullah S.a.w dulu berpoligami majoritinya dengan janda2 yang sudah lanjut usianya sahaja. Itu adalah kerana untuk membantu janda2 yang hidup miskin, keseorangan dan tiada siapa mahu tolong.

    Bayangkan pengorbanan nabi kita dalam berjuang membantu nasib kaum janda yang terpinggir itu. Jangan bayangkan seperti kebanyakan janda sekarang, kerana kebanyakan janda sekarang loaded2 dan ada duit lah jugak untuk menyara diri.

    tetapi masa Rasulullah tu janda2 yang dikahwini nya hidup sangat susah.

    Maka tiada persoalan tentang janda2 itu akan merasa jeles pada isteri2 nabi yang lain, kerana adalah LEBIH BAIK ADA daripada TIADA langsung waktu itu.

    Bayangkan jika nabi tidak kahwini mereka, maka mereka akan keseorangan dan hidup dalam kesempitan. Maka dengan nabi kahwini mereka, dapat lah mereka pembela dan membantu kehidupan mereka juga, alhamdulillah.

    Penerangan ini untuk MENANGKIS tuduhan2 dari orientalis barat yang MENUDUH nabi kita berkahwin hanya kerana seks dan sewaktu dengannya.

    Wallahu a'lam :)

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.