Berita Terkini

Para saintis mencipta komputer yang dikendalikan oleh kuasa fikiran

Sebuah komputer yang dikendalikan oleh kuasa fikiran telah dicipta oleh para saintis, satu penemuan yang dapat suatu hari nanti membantu orang yang tidak boleh bercakap atau bergerak.

Dalam ujikaji, sukarelawan mampu menggerakkan kursor pada skrin hanya dengan 'mengucapkan' kata-kata dalam kepala mereka.

Kajian ini boleh menjadi implikasi besar bagi pesakit yang telah kehilangan keupayaan berbicara melalui kecederaan otak atau stroke.

Ianya boleh membantu mereka yang kurang upaya untuk mengawal kerusi roda orang cacat atau lengan robot. Dan bahkan dapat merevolusi industri permainan komputer (computer games).

Dr Eric Leuthardt, dari Washington University School of Medicine di St Louis, Missouri, berkata: "Ini adalah salah satu contoh awal, pada tahap yang sangat, sangat kecil, dari apa yang disebut "membaca fikiran" / "reading mind" - mengesan apa yang dikatakan oleh seseorang kepada diri sendiri dalam dialog dalaman mereka."

Dr Leuthardt menggunakan teknik yang dipanggil electrocortiography - atau ECoG - untuk menyambung otak sukarelawan yang menderita epilepsi langsung ke komputer.

Elektrod dimasukkan melalui tengkorak sehingga mereka berhubung dengan otak di mana mereka boleh merakam aktiviti elektrik.

Teknik ini sebelumnya telah digunakan untuk mengenalpasti kawasan otak yang menyebabkan epilepsi dan telah menyebabkan rawatan yang berkesan pada keadaan ini.

Penyelidikan ini menggunakan empat pesakit berusia 36 - 48 tahun. Selama ujikaji, elektrod telah memancarkan isyarat yang ditangkap dan dirakam pada komputer.

Selama percubaan, dilaporkan dalam Journal of Neural Engineering, para sukarelawan duduk di depan skrin komputer dan cuba untuk menggerakkan kursor dengan mengatakan atau berfikir kata-kata yang telah ditentukan.

Sebagai contoh, 'ah' menggerakkan kursor ke kanan. Kata-kata lain seperti 'Ee', 'oo' dan 'eh' menggerakkan kursor ke atas, ke bawah, dan kiri.

Para sukarelawan menguasai pengendalian komputer dengan cepat dan tanpa banyak latihan, kata para penyelidik.

Di masa depan, para penyelidik berharap dapat memasukkan implan secara kekal ke dalam otak pesakit untuk membantu mereka berkomunikasi - atau bahkan untuk membolehkan komputer membaca fikiran mereka.

"Ini menyenangkan dan sedikit menakutkan untuk memikirkan tentang "membaca fikiran", namun mempunyai potensi luar biasa bagi orang yang tidak dapat berkomunikasi atau menderita cacat yang lain."

Selama dekad terakhir, para saintis telah membangunkan pelbagai alat yang boleh dikendalikan dengan kuasa fikiran atau 'antaramuka komputer-otak' / 'brain-computer interface'.

Teknologi ini telah digunakan untuk mengendalikan kerusi roda, televisyen kawalan jauh dan sintesiser percakapan. Sekitar 50 orang kudung di Amerika Syarikat telah diberi kaki palsu robot yang dikendalikan oleh fikiran.

Pada bulan Februari lalu, doktor Amerika melancarkan versi terbaru - lengan bionik yang bekerja dengan mengarahkan kembali isyarat otak dari saraf yang mengalami kecederaan otot kepada yang berfungsi dan tidak rosak.

Pengguna boleh mencubit ibu jari dan jari telunjuk bersama-sama, angkat lengan bawah dan membengkokkan siku hanya dengan berfikir.




~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.