Sempena menyambut Mango Bamboo Festival, seramai 86 orang penduduk dengan pengawasan oleh San Carlos City Bakers Association diketuai oleh Abe Samson telah memasak satu pai mangga yang terbesar di dunia di bandar San Carlos, Filipina.
Adunan pai itu dibuat dari 2,000 kg buah mangga, tepung gandum, susu pekat, vanilla dan gula. Bersaiz 100 meter persegi dengan ketebalan 2 inci. Rekod ini telah masuk Guinness world record yang terbaru.
Mangga, selain dari buluh, merupakan salah satu produk pertanian teratas bandar San Carlos merujuk kembali ke zaman Sepanyol.
Bandar San Carlos adalah salah sebuah pengeluar terbesar mangga seluruh Pangasinan, ketika ini merupakan pengeluar mangga terbesar di Filipina, berdasarkan catatan National Mango Congress yang diadakan di Lingayen tahun lalu.
[World Records Academy, Philippine News]
Pai? Mangga lagi. Fuh.. Sedap tu. Tapi kalau dah sebesar ni, berani ke nak makan? Bersih ke klau dah terdedah camtu. Hmmm.. Ape pun Pie ni dah masuk dalam Guiness Book of World Record. Pie sy tk masuk2 lagi.. hurhurhur..
BalasPadamMari la saya masukkan pai awak tu dalam BUKU REKOD KAMPUNG SAYA, lagi power dari Guinness Book tuuu ;)
BalasPadamPak Unik>>> :P
BalasPadamPak Unik>>> :P
BalasPadam