Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » » » » Filem paranormal realiti pertama di Malaysia

Dokumentari tentang paranormal yang popular di Malaysia sebelum ini dijayakan oleh geng-geng Seekers. Kali ini nampaknya bukan setakat siri tv, tetapi sudah melangkah ke dalam bentuk filem.

Sesuai dengan trend sekarang ini yang mana filem-filem seram amat mendapat sambutan.  Begitu juga dengan rancangan-rancangan yang berbentuk realiti. Maka filem terbaru ini merangkumi 2 dalam 1.

Filem paranormal ini adalah hasil kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Primeworks Studios. Sebelum ini pernah bekerjasama dengan Skop Productions menerusi filem Khurafat arahan Syamsul Yusof yang berjaya mengutip RM8 juta. Kedua-duanya memang telah diakui hebat dalam menghasilkan filem-filem pecah panggung dan kini membawakan satu kejutan menerusi filem terbaru berjudul, Penunggu Istana.

Mengulas mengenai Penunggu Istana, kata Pengurus Besar Filem & Drama Primeworks Studios selaku penerbit eksekutif filem ini, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata: “Filem ini adalah sebuah dokumentari yang mana ia mengandungi rangkuman rakaman video yang berjaya dirakamkan oleh lima pelajar yang membuat kajian aktiviti paranormal di tempat yang dipercayai berpuaka.”

“Siasatan mereka telah dibantu oleh kumpulan Seekers, yang sememangnya sinonim dengan kegiatan aktiviti paranormal di Malaysia.”

Tambahnya: “Niat kami adalah untuk mendedahkan penemuan mereka ini kepada umum melalui filem. Ini adalah satu bentuk pembaharuan yang cuba kami serapkan dalam era filem bergenre seram.

Aktiviti paranormal yang berlaku di Istana Billah bukan saja menjadi buah mulut orang kampung tetapi turut diakui sendiri oleh kru Warkah Terakhir yang pernah menjalani penggambaran di sana. Mereka turut mengalami pengalaman yang mengerikan.

“Ini menunjukkan tempat tersebut benar-benar mempunyai kisah misterinya dan penonton dapat menyaksikan kesahihannya melalui filem dokumentari ini.”

Plot Penunggu Istana merupakan cantuman daripada pita rakaman terakhir lima pelajar iaitu Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd. Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf yang membuat kajian aktiviti paranormal di sebuah rumah tinggalan lama - iaitu dalam 100 tahun - Istana Billah.

Cantuman footage tersebut seterusnya difilemkan selama 15 hari mereka di Istana Billah sebagai usaha mencari jawapan terhadap kejadian mengerikan yang menimpa kumpulan pelajar berkenaan.

Naskhah ini bukanlah sebarangan filem. Amaran awal patut dilaungkan kepada masyarakat Malaysia khususnya peminat filem Melayu bergenre seram, lapor akhbar Kosmo. Ini kerana ianya benar-benar berlaku dan bukan sekadar rekaan seperti filem-filem seram sebelum ini iaitu Ngangkung, Khurafat, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Di Larang Masuk dan Senjakala.

Filem selama 90 minit ini bakal menemui penonton di pawagam pada 21 April ini.  


Sumber - Kosmo , Harian Metro


*Update 24 Ogos 2011

Rupa-rupanya kita kena kencing. Filem ini banyak menipu dari yang betul, terutamanya adegan pembunuhan di akhir ceritanya. Betul-betul menipu dan banyak buktinya yang telah didedahkan oleh blogger-blogger lain. Mangsa-mangsa yang kononnya mati dalam filem tersebut juga masih hidup dan aktif di Facebook sekarang :P

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

2 komen:

  1. Difahamkan pada awalnya mereka bercadang untuk membuat kajian paranormal itu sebagai satu projek universiti mereka.

    Setelah mereka berjaya mengesan sesuatu yang aneh semasa berada di Istana Billah, perasaan ingin tahu mereka semakin membuak-buak untuk meneroka lebih jauh. Seperti ada perasaan ketidakpuasan mula menular dalam diri mereka.

    Mereka akhirnya bertindak melampaui batas dan mula melanggar pantang larang yang telah dipesan oleh Uncle Seekers.

    Mereka mula membakar kemenyan untuk upacara memuja 'penunggu' di situ agar memunculkan diri. Tidak cukup dengan itu, mereka juga telah menggunakan darah haid salah seorang pelajar perempuan di kalangan mereka, dipercayai untuk menjamu makhluk halus tersebut.

    Untuk mengetahui seterusnya apakah yang terjadi kepada kelima-lima pelajar tersebut, segalanya bakal dirungkaikan melalui Penunggu Istana.

    Setahun perkara yang menakutkan itu telah berlalu. Hanya mereka yang terlibat sahaja mengerti mengenainya.

    Namun, tahun ini giliran anda pula untuk mengalami sendiri rakaman misteri tersebut. [Kosmo , 21 April 2011]

    BalasPadam
  2. Pemuda Masjid desak haramkan filem seram

    Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) hari ini meminta pihak berkuasa supaya mengharam dan menghentikan kebenaran bagi penyiaran filem seram dan hantu yang kini kerap diterbitkan syarikat produksi filem tempatan.

    Ketua Umumnya, Dr. Mohammad Nawar Ariffin berkata kebanjiran filem seram dilihat menjadi-menjadi ketika ini dengan jumlahnya mengatasi jumlah filem yang diterbitkan ketika era kegemilangan filem Melayu pada tahun 60-an dahulu.

    Menurut beliau, Pemuda Masjid bimbang fenomena penerbitan filem jenis itu hanya akan memundurkan orang Melayu yang merupakan 95 peratus daripada penggemar dan penonton filem sedemikian.

    "Adalah malang filem dan drama seram serta hantu ini dijadikan sogokan kepada penggemar filem dan drama Melayu kerana ia tidak langsung boleh membantu dalam membangun jiwa dan intelek masyarakat kita.

    "Orang Melayu beragama Islam kini terancam akidah mereka akibat menonton aksi tahyul dan syirik yang sering dipaparkan sehingga semakin ramai terjebak dengan aktiviti kurafat dan mungkar."

    [Bernama - 26 April 2011]

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)