Berita Terkini

Tubuh model Playboy ditemui terbakar hangus dalam tong sampah

Tubuh seorang model Playboy telah ditemui di dalam sebuah tong sampah di Miami, Florida, AS pada hari Ahad lalu, tetapi kerana ianya terbakar menyeluruh, dia tetap tidak dapat dikenal-pasti sehinggalah ke hari Rabu. Dia hanya dapat dikenalpasti melalui rekod pergigian.

Paula Sladewski, 26, telah melawat bandar Florida dengan teman lelakinya ketika Tahun Baru selepas melawat orangtuanya di Michigan, kata polis.

Model dari Los Angeles itu pernah muncul dalam majalah Playboy dan filem tahun 2003, "Playboy: The Ultimate Playmate Search."


Dia pergi untuk melihat sebuah konsert di Miami oleh penyanyi Lady Gaga di Malam Tahun Baru dan kemudian menghabiskan hujung minggu mengunjungi bar-bar dan kelab malam.


Kali terakhir dia dilihat ialah pada hari minggu pukul 7 pagi di Club Space di Miami dengan temannya, Kevin Klym, 34. Kevin memberitahu polis bahawa mereka telah berkelahi selepas dia mahu pergi kerana dia percaya bahawa Sladewski "terlalu mabuk".

Sladewski dilaporkan berteriak kepadanya dan penjaga kelab mencampakkannya ke luar, dimana dia memberitahu dia naik teksi kembali ke rumah mereka.

Dia mengatakan kepada polis bahawa itu adalah kali terakhir dia melihat Sladewski. Dia kemudiannya menelefon hospital dan stesen polis, mengemukakan laporan orang hilang di mana dia mendaftarkan kerjaya teman wanitanya itu sebagai "penari bogel".

Pada malamnya, iaitu beberapa jam kemudian, tubuh Sladewski ditemui oleh pasukan bomba Miami Dade yang telah memberi respon berkenaan laporan kebakaran di sebuah tong sampah di belakang sebuah stor propana. Tubuh yang masih terbakar itu tidak boleh dikenali.

Richard Watkins, ayah tiri kepada Sladewski, mengatakan anak dan teman lelakinya itu mempunyai "hubungan yang sangat bergejolak".

"Mereka mempunyai hubungan yang teruk," kata Watkins. "Saya telah memberitahu mereka dari awal bahawa mereka tidak boleh bersama-sama."

Watkins mengatakan pasangan, yang telah bersama selama dua tahun, sering berkelahi. Dia mengatakan sebulan yang lalu, Klym telah mematahkan hidung Sladewski di dalam satu perbalahan dan telah ditahan.

Kes ini masih dalam siasatan polis .......


Via - Telegraph

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (65) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.