Semakin ramai pengguna di seluruh dunia menggunakan telefon mudah alih mereka untuk membantu mereka berbelanja di awal musim cuti dengan penggunaan sangat tinggi di kalangan orang dewasa muda yang mencari kupon, menurut sebuah kajian.
Jejak pendapat / poll daripada 4,500 pembeli 11 negara yang ditaja oleh Motorola Inc. menunjukkan pengguna menggunakan telefon untuk perbandingan kedai, memuat foto dari barang-barang yang mereka pertimbangkan untuk membeli atau hanya untuk mengakses kupon online, di antara kegiatan-kegiatan lainnya.
e-Rewards dan TNS telah menyoal orang-orang di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol, Mexico, Brazil, India dan China. 45 peratus adalah penduduk AS.
Motorola mengatakan ada lonjakan dalam penggunaan telefon pintar (smartphones) ketika berbelanja tahun ini.
Poll menunjukkan 64 peratus pelanggan yang berusia antara 18 dan 34 tahun telah menggunakan telefon mereka ketika berbelanja dalam dua minggu sebelumnya, dan sekitar satu pertiga daripada generasi Baby Boom, atau orang yang berusia lebih dari 50 tahun, juga menggunakan telefon bimbit. Seluruh negara dan usia, lebih daripada separuh menggunakannya.
"Tren itu diharapkan agar semakin laju dalam tahun-tahun mendatang, dan peruncit akan perlu menyesuaikan diri jika mereka ingin bertahan hidup," pengarah senior Motorola berkata.
"Peruncit-peruncit paling siap menghadapi serangan pelbagai jenis teknologi yang digunakan oleh tidak hanya pengguna, tetapi oleh orang-orang di kedai mereka akan mendapatkan pulangan yang lebih baik," kata Frank Riso dari kumpulan teknologi runcit Motorola.
Via - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)